Kari Udang Stail Azie Kitchen
Saya ingin kongsikan petikan dari kuliah zoom Ustazah Dato Dr Fatma Azzahra berkenaan dengan penawar penyakit kemurungan dan resah gelisah. Orang ada ilmu, akan sentiasa tak takut, tak sedih tat kala orang lain merasa takut dan sedih. Ramai yang ada macam macam ujian semuanya disebab kejahilan. Syaitan akan cari jalan untuk buat kita risau, sedih takut dan was was.
Syaitan tak akan dapat ganggu satu golongan manusia iaitu hamba Allah yang ikhlas. Ikhlas terhadap Allah. Bila risau, dia akan pergi pada Allah. Bukan pergi pada psychiatrist. Mereka yakin pada Allah. Syaitan happy pada orang yang leka dan akan sentiasa ada dengan orang yang was was.
Syaitan suka orang yang suka ubah kejadian Allah. Kena redha dengan kurniaan Allah. Apa yang Allah bagi Alhamdulillah. Syaitan suka orang yang sombong. Kita kena baiki diri dari segi syukur, redha dan taubat. Bukan baiki diri dengan mengubah paras rupa. Ada tempat tinggal, ada makan, jadi kena syukur. Periksa diri sendiri. Adakah kita sombong, adakah kita kedekut. Jika ya, baiki diri dulu. Kerana syaitan boleh masuk dalam badan orang seperti ini dan kita tak akan rasa tenang.
Rasulullah nasihat supaya selalu baca 2 kalimah ini iaitu Bismillah dan "Auzubillaahi Minashaitoon Nirrojeem" yang bermaksud "aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam". Surah Al A'raf ayat 200 menyebut Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Jadi bila rasa tak tenang, bacalah 2 kalimah tersebut. Kalau boleh sentiasa berada dalam keadaan berwudhu. Juga baca Ayat kursi dan Ayat 3 Qul terdiri daripada surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas.
KIta kena cintakan Allah. Cintakan semua kebaikan yang Allah kurniakan pada kita atau pada orang lain. Tidak boleh ada rasa tidak senang hati bila orang lain mendapat kelebihan dan rezeki. Allah bagi dia. Allah bagi rezeki dia. Syukur kerana Allah janji jika kamu syukur, aku tambah. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Saya memang kekeringan idea bila bab memasak setiap hari. Saya sendiri makan sekali jer sehari. Tapi kena juga memasak bila memikirkan anak menantu balik dari pejabat dan masing masing buka tudung saji. Kesian bila melihat mereka terpaksa order makanan dengan grabfood bila saya tidak memasak.
Kalau udang ni, kegemaran mereka ialah sambal tumis udang dan masak lemak udang. Tapi kalau selalu jer masak ini, saya pulak yang rasa jemu. Jadi hari ini, saya memasak kari udang walaupun saya sebenarnya jarang memasak kari udang. Cuma yang bestnya, bila masak kari udang, lebihan kuahnya sedap dimakan cicah dengan roti.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Kari Udang Azie Kitchen
Oleh: Azie. Kitchen
Bahan bahan:
15 ekor udang
1 pek serbuk kari udang
½ sudu kecil halba campur
1 biji kelapa - santan pekat
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu kecil garam
1 biji buah tomato
1-2 biji cili hijau
3-4 biji cili padi
1 pelepah daun kari
Minyak masak secukupnya
Bahan hiris:
4-5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan hiris, halba campur dan daun kari sehingga bawang sedikit keperangan.
Masukkan rempah kari kering dan kacau dengan cepat. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga rempah terbit minyak. Masukkan pes asam jawa dan tumis lagi sehingga benar benar masak dan terbit minyak.
Setelah bahan tumis benar benar masak dan terbit minyak, masukkan santan segar secukupnya. Setelah mendidih, masukkan tomato, cili hijau dan cili padi.
Masukkan udang dan kacau rata. Biarkan sehingga udang masak dan tiada lagi buih buih dalam kuah. Masukkan garam secukupnya.
Setelah kuah terbit minyak, bolehlah sesuaikan rasa dan tutup api. Kuah akan menjadi sedikit pekat setelah sejuk, jadi kena sesuaikan kepekatan kuah.
Catat Ulasan for "Kari Udang Stail Azie Kitchen "
Add your comment