Sup Sayur Campur
Alhamdulillah malam tadi kita berada di malam 21 Ramadhan, malam pertama malam ganjil dalam 10 akhir Ramadhan. Jika malam tadi, bukan malam Lailatul Qadr, kita masih ada lagi 4 malam ganjil.
Namun begitu, jangan ambil risiko, kita buat sahaja ibadah setiap malam. Bukan banyak pun, hanya 10 malam sahaja. Insya Allah pastinya kita akan menemui malam Lailatul Qadr jika kita berbuat begini.
Selain solat dan berzikir, jangan lupa mengaji surah surah pilihan kerana Ramadhan adalah bulan Al Quran, bulan di mana Al Quran diturunkan. Saya kongsikan surah surah pilihan yang disyorkan oleh para ustaz seperti berikut:
Al Fatihah 3X
Al Zalzalah 2X
Al Ikhlas 3X
Al Kafirun 4X
Yassin 1X
Insya Allah kita akan mendapat pahala seolah khatam Al Quran sebanyak 14 kali untuk satu malam. Insya Allah. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Saya memang kekeringan idea nak masak apa. Lagi lagi saya kalau masakan berempah atau pedas pedas, memang tak lalu makan. Lagi sedap makan nasi putih dengan ikan goreng sahaja.
Hari tu masa ke Village Grocer, saya beli beberapa jenis sayuran, itu yang dapat idea untuk buat sup sayur. Tanya juga anak anak kalau nak sayur campur goreng atau sup sayur. Bila tiada yang menjawab, saya masak jer sup sayur.
Sup yang paling sempoi yang menggunakan apa apa jer bahan yang ada di rumah. Kalau ada fish cake atau fish ball, lagi sedap sebenarnya. Tapi tak ada, jadi guna jer isi ayam.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...
Sup Sayur Campur
Oleh: Azie Kitchen
Bahan tumis
4 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Bahan-bahan
Dada ayam - hiris nipis
1 kiub pati ayam
Sedikit lada hitam - opsyenal
Garam
Bahan sayur:
Brokoli
Lobak merah
Cendawan
Kacang peas leper
Bunga kubis
Putik jagung
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau dan sedikit keperangan, masukkan isi ayam. Kacau rata sehingga isi ayam masak. Masukkan air secukupnya. Masukkan karot dan biarkan mendidih
Masukkan air dan tutup periuk sehingga mendidih. Masukkan kiub pati ayam. Masukkan sayur lain dari yang keras sehingga yang jenis lembut.
Akhir sekali, masukkan sedikit garam, jika perlu.
Catat Ulasan for "Sup Sayur Campur "
Add your comment