Solok Lada Kelantan Sedap Cara Sejukbeku
Alhamdulillah hari ini saya telah berjaya memulakan puasa sunat 6 Syawal. Agak mencabar juga bila beberapa hari dalam seminggu, ada jemputan kawin dan majlis jamuan terbuka. Bila agak agak tiada jemputan, saya akan berpuasa. Tidak mengapa kerana kita menpunyai masa satu bulan untuk berpuasa hanya selama 6 hari.
Puasa 6 hari dalam bulan Syawal adalah satu lagi peluang untuk kita mendapat pahala besar seolah berpuasa selama 1 tahun. Puasa 30 hari di bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari (30 hari x 10), manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari (6 hari x 10). Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, yang hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.
Nabi S.A.W bersabda;
Ù…َÙ†ْ صَامَ رَÙ…َضَانَ Ø«ُÙ…َّ Ø£َتْبَعَÙ‡ُ سِتًّا Ù…ِÙ†ْ Ø´َÙˆَّالٍ Ùƒَانَ ÙƒَصِÙŠَامِ الدَّÙ‡ْرِ
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”
(Riwayat Imam Muslim)
Sekarang kita masuk pula bab resipi dan masakan. Saya memang teramat menggemari solok lada terutama jika dimakan dengan nasi kerabu. Tapi saya jarang menyediakan solok lada kerana di sini susah untuk mendapatkan lada solok yang berwarna hijau muda.
Lada ini banyak dijual di Kelantan. Kulitnya lembut dan berwarna hijau. Rasanya pedas juga. Masa balik raya, saya singgah di pekan Jelawat tapi lada solok yang ada hanya di satu gerai sahaja. Ianya pun tak berapa elok dan tidak berwarna hijau segar.
Tapi sebab dah tak ada pilihan, beli lah juga. Harganya RM20 sekilo. Sekarang susah nak dapat lauk solok lada di majlis majlis kawin di Kelantan, kerana sangat mahal. Kalau beli solok yang dah siap, harganya ialah RM2 seketul. Itu di Kelantan. Tak tahulah berapa harga di sini. Setakat ini, tak jumpa solok lada yang sedap di sini. Memang makanan atau masakan Kelantan, hanya orang Kelantan yang tahu rasa keasliannya sedap atau tidak. Hahaha.
Oleh kerana itu, saya buat solok agak banyak dan mahu menyimpan di dalam freezer untuk dimakan di masa depan. Makanya saya memasak secara kukus. Kalau cara tradisional, solok lada akan direbus dengan santan dan sedikit garam. Boleh klik entri di SINI. Tapi solok yang direbus tak tahan lama.
Secara jujur, walaupun solok lada saya hari ini sangat sedap, saya lebih suka solok lada yang direbus kerana terasa lemak di lada juga berbanding sekadar dikukus dengan santan pekat. Itu pada selera saya lah. Tapi dari segi penampilan dan rupa, lebih cantik, solok lada yang dikukus kerana lebih kemas dan cantik.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Saya juga ada menyediakan video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Solok Lada Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung
3 genggam kelapa parut putih - 150-160 gram
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula pasir
15 biji lada solok
1 cawan santan - untuk mengukus semula solok lada
Bahan tumbuk:
5-6 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu kecil lada hitam
Cara cara:
Belah tengah lada solok tanpa putus dan buang biji. Ketepikan.
Asingkan isi ikan dari tulang dan kisar dengan pengisar kering sehingga lumat. Nota: ikan boleh juga direbus dan diasingkan isi dan tulang. Isi ikan rebus kemudian ditumbuk lumat.
Masukkan bahan tumbuk dan kisar lagi sehingga rata. Masukkan garam dan gula serta serbuk perasa. Nota: Solok mesti ada rasa manis, masin dan rasa pedas lada hitam.
Masukkan kelapa parut, kisar lagi hingga sebati. Ketepikan.
Masukkan bahan inti ke dalam lada solok sehingga padat dan buncit.
Susun dalam pengukus dan kukus selama 15 minit. Nota: cara memasak solok lada tradisional, selepas siap semua lada solok dimasukkan inti, disusun dalam periuk. Tuang sedikit santan dan garam. Rebus sehingga lada solok lembut dan inti masak.
Tutup api dan biarkan solok betul betul sejuk sebelum di simpan dalam bekas bertutup dan disimpan dalam peti sejuk beku. Siap.
Nota:
Bila nak makan, keluarkan solok dari freezer dan biarkan selama 15 minit. Masukkan dalam loyang curahkan santan pekat ke atasnya dan kukus dlm 5 minit. Siaap.
Nota:
Kepala dan tulang ikan, saya rebus seketika untuk memudahkan ambil isi ikan yang melekat di tulang. Isi ikan ini dikisar sekali dengan isi ikan mentah. Jadi tiada pembaziran.
Catat Ulasan for "Solok Lada Kelantan Sedap Cara Sejukbeku"
Add your comment