Sambal Tumis Udang Petai
Sempena sekarang kita telah berada di separuh malam bulan Ramadhan di mana malam tadi telah dibacakan Qunut dalam solat witir, saya ingin kongsikan apa yang dipelajari masa Kuliah Jumaat di surau BNM oleh Ustazah Fatimah Syarha berkenaan Lailatul Qadr. Catatan ini ketika saya masih bekerja di BNM. Kita perlu sentiasa bertawwuf dan baca Basmallah serta Istighfar supaya kita diampuni. Akhir ke sekali berdoa. Dengan beristighfar, Allah akan tambah kekuatan dan kekuatan yang sedia ada.
Nak masuk syurga dengan amal kita tak cukup. Semua amalan kita ditimbang. Takut kita tertipu dengan amal kita. Rasa banyak dan rasa lebih baik dari orang sedang kita tak tahu amal kita diterima atau tidak. Jadi kena sentiasa mohon rahmah atau kasihan belas.
10 malam terakhir di mana adanya malam lailatul qadr yang lebih baik dari 1000 bulan. Umur umat Nabi Muhamad pendek berbanding umat terdahulu yang beratus dan beribu tahun usianya. Lailatul qadr adalah untuk peluang untuk mendapat amalan 83 tahun.
Apa maksud malam lailatul qadr. Bagi siapa yang membuat persiapan dalaman, bila mereka masuk sahaja Ramadhan akan terus pecut seperti pelari pecut. Sebelum Ramadhan, Nabi ulang ulang persiapan mental pada sahabat. Ianya boleh menggerakkan seseorang dengan lebih pantas. Analogi kita tak hafal apa yang ada pada duit RM10. Tapi bila dapat hadiah, dia akan hafal dengan laju.
Malam Al Qadr adalah anugerah untuk pelajar cemerlang di universiti Ramadhan. Malam Al Qadr di mana turunnya malaikat untuk mengatur urusan. Ak Dukhan ayat ke3. Turunnya Al Quran buat pertama kali dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Kemudian turun. Sedikit demi sedikit.
Maksud Al Qadr adalah ketentuan iaitu malam yang ada kaitan dengan Qada Qadr. Malaikat sibuk mengatur urusan qada qadr kita yang mualaf untuk setahun akan datang.
Juga bermaksud kemuliaan di mana Al Quran turun pada malam tu. Qadr juga bermaksud sempit, kena susun masa, sekejap sahaja. Ayat ke2 bila ayat yang Allah tanya bermakna ayat itu penting dan besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan. Ianya bolehkan kita compete dengan umat terdahulu. Siapa yang paling baik berjuang untuk dapat yang terbaik.
Penghulu segala malam adalqh Al Qadr. Malaikat jibril turun mengatur segala urusan Qada Qadr. Semua yang bernyawa pasti mati, itu qada mubrar kat mana kita mati, masih lagi Qada muallaf. Kita kena mati dalam usaha bukan mati dalam keadaan putus asa. Siapa banyak buat baik, panjang usia. Kena panjang usia untuk dapat kedudukan tinggi di sisi Allah. Kita mahu keberkatan pada usia kita.
Kena jaga terawih setiap malam, jaga solat Isyak dan Subuh berjemaah. Pasti kita akan dapat lailatul qadr. Solat Subuh berjemaah, seolah kita menghidupkan sepanjang malam. Jaga juga solat tahajjud.
Pada malam yang barakah. Apa maksud barakah, analogi seperti kolam yang airnya banyak dan tetap di situ. Maksud sebenar ialah kita akan melekat dalam syariah Allah. Kedua ianya bertambah tambah kebaikan. Juga rasa tenang dalam jiwa. Akrabnya Al Quran dengan Lailatul Qadr 183-190.
Berpuasa sangat hebat kerana ianya akan melahirkan insan yang sihat. Manusia ada status di sisi Allah. Membaca Al Quran akan meningkatkan status di sisi Allah. Duduk satu minit dan buat satu kenangan seperti baca Iqrak dan peluk anak anak.
Dalam kubur masuk sahaja ke liang lahad, malaikat boleh halang kecuali Al Quran. Baca surah Al Mulk, yang boleh berhujjah. Bila kita bangkit di Padang Mahsyar, surah Al Baqarah akan bantu kita. Kemuliaan di akhirat bergantung kepada ayat terakhir yang kamu baca masa di dunia. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Sebenarnya dah lama saya tak menyediakan sambal tumis udang dengan petai. Pertama kerana ada anak anak yang tak makan, bila saya masukkan petai. Hanya Juita yang suka sambal tumis dengan petai. Kedua kerana tiada stock. Petai sekarang ini dah dilabel sebagai makanan kayangan kerana harganya yang mahal. Sepapan dah berharga RM1 atau lebih. Itu pun dapat isi kecil kecil jer. Kalau nasib baik, dapatlah isi yang gemuk.
Hari ini saya memasak sambal tumis udang petai dengan udangnya tidak digoreng terlebih dahulu. Bila sampai dah terbit minyak, saya masukkan udang kerana udang akan mengeluarkan air udang. Kacau rata dan biarkan seketika sebelum dirasa. Sambal akan menjadi sedap selepas sebati dengan air udang.
Hari ada 2 pinggan sambal tumis udang. Satu dengan petai dan satu tanpa petai. Haa yang penting semua orang happy dan makan apa yang disukai.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.....
Sambal Tumis Udang Dengan Petai
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
500 gram udang
Pes asam jawa
1-1 ½ sudu besar gula - ikut kepedasan cili
½ sudu kecil garam
1 biji bawang besar Holland
Bahan kisar:
4 biji bawang besar
5-6 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak yang agak banyak. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak
Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili masak dan terbit minyak. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya cepat masak dan terbit minyak.
Setelah benar benar masak, masukkan gula dan kacau rata. Masukkan garam dan pes asam jawa/asam keping.
Akhir sekali, masukkan udang (kali ini. saya tak goreng dulu) dan kacau rata. Setelah air udang keluar, kita boleh tengok kepekatan/kecairan sambal. Boleh tambah air mengikut yang disukai. Masukkan bawang besar hiris.
Nota: saya ketepikan separuh dan ditambah dengan petai. Separuh lagi dibiarkan tanpa petai. Kacau rata dan tutup api.
Catat Ulasan for "Sambal Tumis Udang Petai"
Add your comment