Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Sotong Kembang Lembut Dan Sedap


Saya nak kongsikan satu wirid yang kita patut amalkan yang sanad dari Ustaz Jafri yang berada dalam senarai ke 45. Saya berada diperolehi 46. Sanad sampai Nabi Muhammad SAW. Siapa yang mahu mengambilnya kena sebut  "Qobil na" (kami terima ijazah).

Ustaz Jafri izinkan untuk kita ijazahkan pada orang lain seterusnya. Amalkan Wirid Rabbani 100 kali setiap satu seperti berikut: 
1. Istighfar 
2. Subhanallahi wabihamdih subhanallaahil adzhim 
3. Laa ilaaha illallaah -  penutup yang ke100 tambah Muhammada rasulullah
4. Hasbunallaah waniqmal wakil
5. Subha nallaah walhamdulillah walaa ilaa haillallaahu wallaahu akbar
6. Laa hawla walaa quwwata illaahi adzhim
7. Allahumma sholli 'alaa Saidina Muhammad, wa 'alaa Saidina Muhammad. 

Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat buat kita semua. Mudah mudahan. Aamiin.



Lauk sambal tumis sotong kembang adalah lauk kegemaran anak anak saya. Kali ini saya memasak secara biasa, maksudnya saya tak letak sos cili dan gula Melaka. Tapi rasanya tetap sedap tau. 

Kali ini saya juga membuat sedikit kelainan dengan merebus sotong terlebih dahulu sebelum dipotong. Rebus dalam 7 minit sahaja. Lebih berperisa kerana kita meletak serai, halia dan bawang bawang dalam air rebusan. Memasak dah tak lama kerana telah direbus. Mulanya saya kuatir juga kalau masih keras. Tapi Alhamdulillah lembut jer.

Kalau masak lauk ini, yang terbayang ialah nasi lemak. Kerana setiap kali cari nasi lemak, anak anak mesti ambil lauk sotong kembang. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Sambal Tumis Sotong Kembang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
2 sotong kembang - dibersih dan dicelurkan
4-5 sudu besar cili kisar 
1 biji bawang besar - dihiris
1 cawan minyak masak

Bahan kisar:
8 biji bawang kecil
6 ulas bawang putih
1 inci belacan - opsyenal
2 asam keping - atau pes asam jawa
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
2 sudu besar gula atau secukup rasa

Cara cara:
Rebus air dan masukkan halia, serai, bawang merah, bawang putih dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih. Masukkan sotong selama 7 minit. Angkat dan tos. Setelah sejuk basuh bersih dan potong yang disukai. Sedia untuk digunakan.



Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga sedikit garing. Masukkan bahan kisar sehingga naik bau, masukkan air asam jawa, garam dan gula.

Masukkan sotong yang telah dicelur dan dipotong. Kacau rata. Masukkan 3 mangkuk kecil air. Masak sehingga terbit minyak. 

Masukkan bawang besar yang dihiris. Kacau sebati dan biarkan masak seketika. Tutup api dan sedia dihidangkan.







Catat Ulasan for "Sambal Tumis Sotong Kembang Lembut Dan Sedap"