Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Minyak Sedap Dan Mudah Azie Kitchen



Alhamdulillah bertemu kembali hari ini. Kalau semalam saya kongsikan resipi ayam masak merah, resipi signature Azie Kitchen di SINI, hari ini saya kongsikan pula rakan baik atau BFFnya iaitu nasi minyak. Seperti biasa kalau saya memasak, memang saya akan memasak versi simple simple jer. Selain ayam masak merah, ada juga acar timun masak dan papadom.

Kalau mencari resipi di google pun, tidak semua resipi yang akan ambil. Saya melihat siapa yang berkongsi dan asal usul resipi tersebut. Contoh, adakah ianya resipi turun temurun bonda mereka atau resipi yang digunakan dalam perniagaan. Jika tidak, memang saya akan tengok dan cari next. 

Ramai sangat yang berkongsi resipi sekadar content, kadang kadang copy dari mana mana pun. Bila kita ikut resipi yang diberi, tidak menjadi pun. Sedang saya ialah seorang pencinta resipi yang kemudian berkongsinya untuk manafaat orang lain setelah saya sendiri mencubanya. 


Dalam banyak banyak nasi berperisa saya suka hanya nasi minyak. Saya makan juga nasi beriyani, nasi tomato, nasi hujan panas semua tu tapi saya lebih suka nasi minyak dengan rasa yang humble jer. Tak bermewah mewah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaan nasi minyak saya. Saya masak simple simple jer. Tak ada kosmetik bagai. Cuma kalau ada, jus sunquick boleh masukkan sesudu. Kalau tak ada, pun tak apa. Kita yang masak dia kan. Selamat mencuba..... 



Nasi Minyak Sedap 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 cawan beras basmathi 
5 cawan air 
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan - siat dan simpul
½ cawan kismis
1 batang serai - titik
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk secukup rasa
Pewarna kuning telur

Bahan Hiris:
1 inci halia - hiris kasar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Rempah tumis
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 biji pelaga

Cara cara:
Rendam beras dalam 20 minit. Tos dan ketepikan.

Panaskan minyak sapi dan minyak. Masukkan serai, rempah 4 sekawan, bawang dan halia hiris. Tumis sehingga bawang keperangan.

Masukkan air, susu, garam, serbuk perasa dan daun pandan. Masukkan beras.

Masukkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Bila nasi dah masak, masukkan kismis dan titiskan pewarna.  Tutup semula periuk. Biarkan sehingga 8-10 minit lagi sebelum nasi digembur perlahan lahan supaya nasi tidak patah.

Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Boleh dihidangkan dengan daging atau Ayam masak merah di SINI.



Nota:
Jika masak 5 cawan beras, saya guna 5 cawan air dan 1 cawan susu, 3 sudu besar minyak sapi dan 1 sudu kecil garam.

Guna beras Basmathi steam, nasi minyak menjadi lebih lembut.


Catat Ulasan for "Nasi Minyak Sedap Dan Mudah Azie Kitchen"