Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Karipap Sardin Mia Kegemaran Sekeluarga



Assalamualaikum, saya pada hari raya ketiga dah ada di rumah. Hari raya keempat, keluar nak mencari makan, semua kedai masih tutup, kedai runcit pun masih tutup. Last lastnya ajak suami pergi makan Burger King. Nak order melalui grab pun tak boleh.

Hari raya kelima, dah ada jemputan rumah terbuka. Waah seronok kerana hidangan di majlis rumah terbuka memang sedap sedap dan pelbagai jenis. Sangat berbeza dengan majlis kenduri kawin yang lauknya sama sahaja dan susah nak dapat yang sedap. 

Hmm tak tahu lah kenapa. Bukan banyak pun lauknya, satu ayam, satu daging, dalca dan buah buahan. Tapi bukan salah tuan rumah pun kerana yang memasak adalah pihak katerer. 

Saya memang suka sangat dengan majlis rumah terbuka. Di samping itu, kita dapat bersua muka dengan kawan kawan juga. Dapat bersembang sembang dan santai santai kerana kebiasaannya majlis terbuka diadakan di rumah bukan di dewan.  OK setakat ini dahulu, jom kita masuk bab resipi. 


Saya tak tahu macam mana dan di mana nak dapatkan karipap sardin yang sedap. Sepanjang Ramadhan, boleh dikatakan setiap hari mesti ada karipap sardin dan murtabak di rumah ini. Tapi susah sangat nak dapatkan yang sedap. 

Ramai yang mengelat, ada yang diletakkan kentang dan sos sardin sahaja agaknya kerana memang tidak kelihatan atau rasa isi ikan sardin langsung. Tahulah sardin sekarang dah mahal tapi jangan lah rosakkan keenakan karipap sardin. Namapun karipap sardin mesti ada inti ikan sardin walaupun dicampurkan dengan ubi kentang. Orang yang sukakan sardin, tak kisah untuk membayar lebih sedikit asal ianya karipap sardin.

Karipap sardin yang paling sedap pada selera saya ialah karipap sardin yang saya buat sendiri dan karipap sardin yang disediakan Mia, menantu saya. Boleh klik entri karipap sardin saya di SINI dan karipap ayam di SINI. Mia belajar membuat karipap ini dari Bonda belia, Datin Setia Nursinah yang memang terkenal pandai memasak dari dulu dulu lagi. Kami pernah dijemput makan ke rumah mereka ketika anak anak masih kecil lagi. 

Mia tahu saya memang peminat karipap sardin. Itu sebab Mia menanyakan kalau mahu buat karipap sardin. Memanglah bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya terus setuju. Saya berbuka puasa dengan hanya makan 4-5 keping karipap sardin tanpa langsung makan nasi. 


Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa subscribe Azie Kitchen Youtube Channel untuk melihat video penyediaannya di SINI. Selamat mencuba......


Karipap Sardin Mia 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 tin sardin - buang tulang
4-5 tangkai cili padi merah & hijau - ikut pedas disukai
2 biji ubi kentang - dadu
2 biji bawang besar - dadu 
1 ½ sudu kecil garam 
½ cawan minyak

Bahan pastri:
3 cawan tepung gandum
100 ml air ais - atau secukupnya
3 sudu besar mentega 

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga layu.  Masukkan ubi kentang kacau rata. Kemudian masukkan isi ikan sardin yang telah diasingkan sos, dibuang tulang dan dihancurkan. Kacau rata. 

Masukkan cili padi dan garam. 


Akhir sekali, sos sardin dan masak sehingga sedikit kering. Tutup api dan sejukkan. Jika perlu, toskan atas penapis untuk buang minyak berlebihan.


Sementara inti disejukkan, satukan tepung dan mentega dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. 

Ambil doh seberat 20 gram. Canaikan dan masukkan inti yang telah disejukkan. Tutup rapat dengan ditekan keliling. Kemudian kelim sehingga kemas. Susun atas loyang yang ditabur dengan tepung gandum.


Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Jika mahu disimpan di dalam freezer, goreng sekadar untuk mematikan tepung sahaja. Angkat dan tos.

Nota:
Inti karipap boleh digunakan untuk 3-4 adunan pastri bergantung kepada saiz karipap dan intinya. 

Lebihan inti sardin boleh disimpan di dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti beku.  



Catat Ulasan for "Karipap Sardin Mia Kegemaran Sekeluarga"