Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Tulang Mudah Dan Sedap


Assalamualaikum semua. Jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di bahagian atas blog saya tau. Kerjasama anda sangat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

Kebelakangan ini banyak kes yang berkaitan dengan depression yang akhirnya menjadi kes bunuh diri atau kes membunuh orang yang rapat. Sedih membaca kes melibatkan 2 orang anggota polis yang dipercayai menggunakan senjata berupa pistol untuk membunuh. 

Malah kes terbaru, suspek menembak isterinya yang sedang hamil 5 bulan dikatakan sebelum ini pernah menunjukkan masalah kemurungan yang nyata. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut berkenaan kes ini. 

Tapi apa yang ingin saya sentuh ialah masalah kesihatan mental yang berlaku untuk semua peringkat usia tanpa mengira latarbelakang kewangan dsb. Ramai berpendapat yang masalah kewangan, boleh membawa kepada masalah depressi. 

Sebetulnya tidak, ada juga orang kaya yang mendapat masalah depresi. Depressi juga boleh wujud hasil dari persekitaran tempat kerja. Selain berjumpa dengan pakar psykologi, sokongan ahli keluarga dan mereka yang rapat juga adalah sangat penting bagi mengelakkan masalah menjadi lebih serious sehingga membawa kepada kes bunuh diri atau membunuh orang lain. Ok sekarang kita masuk pula bab resipi. 


Saya beli tulang rusuk ini sebelum berangkat ke London. Tulang dan daging segar yang dijual oleh jiran kami. Bila kita beli tulang segar, walaupun disimpan dalam peti beku beberapa hari, masih segar dan sedap bila direbus. 

Kalau memasak sup, saya menpunyai 2 jenis sup. Pertama sup yang jernih dan tidak menggunakan banyak rempah. Kedua, sup yang berempah seperti resipi di bawah ini. Saya menggunakan rempah sup yang banyak dan kuahnya juga tidak jernih. Kedua duanya sedap ikutlah selera masing masing. Tapi jika saya lebih suka sup yang jernih. Anda suka yang mana?

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.... 


Sup Tulang Mudah dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg tulang
Rempah 4 sekawan
4 sudu besar rempah sup
2 ulas bawang putih - tumbuk pecah
½ inci halia - tumbuk pecah
Serbuk perasa
Garam

Bahan kisar:
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar merah
1 inci halia

Bahan lain:
Buah tomato - potong dadu
Daun sup - hiris
Cili padi - hiris
Bawang goreng - sekali dengan minyak gorengan

Cara cara:
Rebus tulang sehingga empuk. Nota: hendak lebih sedap, rebus atas dapur biasa atas api sederhana sehingga keluar air tulang yang sedap. Saya hendak cepat, saya rebus dalam periuk tekanan selama 35 minit.

Tumis rempah 3 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah sup dan sedikit air. Tumis lagi sehingga terbit minyak.

Masukkan bawang putih dan halia yang dititik/pecah. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan serbuk perasa.

Sebelum dihidangkan, panaskan sup terlebih dahulu dan masukkan daun sup, cili hiris, bawang goreng, buah tomato dsb.


Nota:
1. Dihidangkan semasa sup masih panas

2. Goreng bawang merah hingga garing dan ceduk keluar minyak. Biarkan sedikit minyak dalam bawang goreng dan tuang ke dalam kuah sup.




Catat Ulasan for "Sup Tulang Mudah Dan Sedap"