Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sotong Goreng Kicap Mudah


Sekarang banyak kuliah kuliah yang dikongsikan oleh ustaz dan ustazah di media sosial. Beruntung orang zaman sekarang. Dah setiap orang ada handphone yang kita boleh dengar dan rujuk bila bila masa. Betul tak? Tapi sebelum itu, jangan lupa klik iklan di blog saya selepas baca resipi tau. Hahaha. 

Kalau kita guna media sosial untuk kebaikan, banyak pahala yang kita akan dapat. Tapi kalau guna untuk menunjukkan kekayaan pun boleh juga. Tapi dia tak dapat apa apa manafaat dari media sosial itu sendiri. Silap silap dapat dosa kerana riak dan menunjuk nunjuk.

Hari ini saya sekadar nak share, masa dulu dulu saya salah faham, ingatkan malam Lailatul Qadr berlaku hanya satu detik sahaja. Siapa yang terlepas, maka akan terlepas. Hanya mereka yang sedang beriadah pada ketika dan detik itu sahaja yang akan dapat. 

Cuma bila dah tua tua ni, dah banyak dengar kuliah dan hadir majlis ilmu baru tahu yang setiap kita mungkin pernah dapat banyak kali malam Lailatul Qadr. Syaratnya kita melakukan solat terawih, solat qiam, mengaji, berzikir atau apa sahaja tiap tiap malam dari Maghrib hingga masuk waktu Subuh. Bezanya kita dapat banyak atau tidak. 

Kalau kita bersolat terawih malam itu, ianya umpama kita solat terawih selama 83 tahun. Satu kalimah zikir seolah dapat zikir selama 83 tahun. Haa gitu. Jadi Insya Allah, kita ada dapat pahala malam Lailatul Qadr, satu malam istimewa yang Allah bagi pada umat Nabi Muhammad SAW sahaja. OK sekarang kita masuk pula, bab resipi dan masakan.   


Saya sebenarnya bukan penggemar sotong kecuali sotong yang menpunyai telur. Haa syaratnya sotong mesti ada telur, baru saya beli. Baru saya suka dan baru sedap bila dimasak. Lain kalau Hubby atau anak anak yang beli, mereka beli asal sotong jer.

Kalau sotong bertelur ini, biasanya saya masak ketupat sotong atau sotong goreng kicap. Kadang kadang saya masak sambal tumis. Lain lain masakan, memang jarang jarang sekali. Sotong sekarang pun bukan murah. Jadi tidak lah selalu kami makan sotong. Harga RM45 sekilo, adalah dalam 9 ekor.  Tapi sebab suka sotong bertelur, saya belilah juga. 

Jom layan resipi dan penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINISelamat mencuba...


Sotong Goreng Kicap Mudah dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
500 gram sotong
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk cukup rasa Knorr
½ sudu kecil pes asam jawa
3 sudu besar kicap masin
½ sudu kecil gula

Bahan Hiasan
1 biji bawang besar Holland - hiris bulat
3 biji cili merah - hiris seron
2 biji cili hijau - hiris seron
Daun bawang

Cara-cara:
Masukkan sotong dalam kuali dan nyalakan api. Kacau seketika sehingga air sotong keluar. Angkat sotong dan ketepikan.

Tabur serbuk kunyit, garam dan serbuk pati ayam. Gaul rata.


Panaskan sedikit minyak dan goreng sotong tadi. Kacau rata. 


Bila air sotong sudah kering, masukkan air asam jawa diikuti gula dan kicap masin. Kacau rata.

Masukkan bahan hiasan dan kacau lagi. Bila cili dan bawang mula layu, tutup api dan tabur daun bawang.


Catat Ulasan for "Sotong Goreng Kicap Mudah"