Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Udang Ekspress



Assalamualaikum semua. Apa khabar dan saya berharap anda semua sihat sihat sahaja. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di bahagian atas blog ini sebagai sokongan kepada blog Azie Kitchen untuk terus berkarya. Kerjasama anda diucapkan dengan ribuan terima kasih.

Setelah balik ke sini, baru tahu yang banyak kawasan dilanda banjir terutama di Segamat. Maahad Tahfiz DarSA (Dar As Sajidin) Johor yang diuruskan oleh sahabat kami, Dr Sabariah juga mengalami banjir yang agak teruk. Kelengkapan pelajar musnah dan kenderaan juga tenggelam. Jadi kalau ada yang mahu memberi bantuan, bolehlah berbuat demikian dengan maklumat di bawah.


Bersedekah tanpa mengira waktu senang atau susah. Tak perlu tunggu kaya, baru mahu bersedekah. Malah sedekah juga boleh di dalam pelbagai bentuk. Bukan sahaja kewangan tapi juga tenaga dan usaha. Kalau tak ada sekali pun, senyuman juga adalah satu sedekah. OK sekarang kita masuk pula bab masakan.



Saya suka menyediakan sambal tumis udang bila tak ada idea apa yang nak dimasak. Pertama kerana ianya mudah dan cepat disediakan. Kedua, kerana ianya adalah lauk kesukaan anak anak. Kalau masak, pasti habis punya. 

Sebenarnya selera makan kita berbeza beza, macam saya sendiri sekarang saya jadi tidak suka makan ayam. Kalau tengok ayam jer, rasa macam tak berselera.  Bagi anak anak pula, mereka tak suka makan ikan. Kalau masak ikan, mesti ikan besar seperti siakap dan jenahak yang dimasak sambal atau tiga rasa sahaja. Jadi setakat ini, lauk berasaskan udang masih lagi menjadi kegemaran semua di rumah saya. Cuma saya jer mengurangkan makan udang takut allergi. 

Kali ini saya masak sambal tumis lain dari kebiasaan yang saya buat. Kiranya kali ini cara yang lebih ekspress. Kali ini saya hanya menghiris bawang merah dan bawang putih. Udang juga tidak digoreng terlebih dahulu. Terus lebur jer ke dalam sambal. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba semua....


Sambal Tumis Udang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10 ekor udang
3-4 sudu besar cili kering kisar
Garam
Air asam jawa
1 sudu besar gula
Minyak masak

Bahan hiris:
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang hiris sehingga naik bau dan sedikit keperangan. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.

Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

Akhir sekali, masukkan udang dan kacau rata sehingga udang masak, bila ekor bertemu dengan kepala. Tutup api.


Nota:
Kali ini saya tidak kisar bawang bawang dan saya juga tidak menggoreng terlebih dahulu udang.

Jika minyak berlebihan, boleh diceduk keluar sebelum dihidangkan. 

Catat Ulasan for "Sambal Tumis Udang Ekspress"