Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Pedas Ayam Vantage



Assalamualaikum semua. Jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di bahagian atas blog saya tau. Kerjasama anda sangat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Untuk memasak rendang, kita memerlukan kuali yang bersaiz besar supaya senang dikacau. Cara mengacau rendang adalah dengan menolak dari dasar kuali supaya rendang terutama rendang ayam tidak mudah hancur. Jadi kalau begini, kuali yang bersaiz besar seperti yang saya gunakan hari ini sangat membantu. 

Kuali anti lekat bersaiz 36cm ini boleh memuatkan sehingga 2-3 ekor ayam. Sesuai sekali untuk memasak lauk raya kerana untuk lauk raya, memang kita akan memasak 2-3 ekor ayam sekali gus kan.  Walaupun bersaiz besar tetapi ianya tidak berat seperti kuali lain. Memudahkan untuk kita alih alihkan kuali ini. 


Jika memasak rendang untuk hari raya, saya suka guna rendang versi Bonda mertua saya yang menggunakan kelapa parut goreng. Jadi rendangnya tidaklah terlalu berkuah atau berminyak. Ianya sedikit kering dan sedap dimakan cicah dengan lemang, ketupat dsb. 

Setiap kali memasak, pastinya 4-5 ekor ayam dimasak sekali gus. Masa makan, memang lah sedap memilih bahagian ayam kesukaan masing masing. Selain kepak ayam, pastinya saya akan memilih kaki ayam. Hahaha siapa di sini penggemar kaki ayam seperti saya?

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...... 


Rendang Pedas Ayam 
Oleh: Azie KItchen

Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg santan
½ biji kelapa parut - digoreng keperangan (jika suka boleh dikisar dengan bahan kisar) - guna 80 grm utk 2 ekor ayam)
3 keping asam keping
2 helai daun kunyit - hiris
1 sudu besar garam

Bahan kisar:
7 biji bawang besar - 380 gram
6 sudu besar penuh cili - 250 gram (guna 104 sb cili pedas)
3 inci kunyit hidup - 20 gram

Bahan hiris:
10 biji bawang merah - 100 gram
5 ulas bawang putih - opsyenal
4 inci halia - 50 gram
8 batang serai

Cara cara:
Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai.

Masukkan asam keping, gula dan garam.

Nota:
Jika ayam dikeluarkan dari peti ais, dimasak ayam terlebih dahulu sehingga air ayam kering sebelum dimasukkan bahan lain.

Separuh dari bawang merah, boleh dihiris jika suka.



Catat Ulasan for "Rendang Pedas Ayam Vantage"