Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pajeri Terung My Keeper Recipe



Pesanan penaja, jangan lupa klik satu iklan yang keluar di blog saya. Blog bukan macam youtube, kalau tak klik memang tak masyuuuk. Ramai yang fikir bila mereka masuk dan baca jer blog saya, saya dapat income. Tidak begitu sebenarnya. Kalau anda klik iklan, barulah saya dapat income mungkin 1 sen atau 2 sen untuk satu klik. Haa jangan salah faham lagi tau.

Hari ini antara topik yang sentiasa menjadi tajuk utama ialah permohonan pengeluaran simpanan KWSP yang mana pencarumnya berada dalam situasi kewangan yang mendesak. Tidak dapat dinafikan sekarang ini, ramai yang susah walaupun pada masa yang sama, ramai juga yang senang. Susah atau senang sebenarnya bukanlah bergantung kepada banyaknya duit yang kita ada. Tapi keberkatan rezeki. Jika rezeki yang barakah, yang sedikit pun rasa banyak. 

Kadang kadang terfikir, seronoknya menjadi orang kaya yang dilahirkan kaya. Hahaha tak pastilah macam mana rasanya kerana saya sendiri tidak pernah merasa. Saya memulakan kehidupan ini dengan penuh cabaran terutama untuk membesarkan 5 orang anak di bandar.  

Saya kagum melihat anak anak saya yang sangat rajin berusaha. Walaupun telah berjawatan yang stabil dengan gaji yang tinggi, mereka tidak pandai duduk duduk sahaja tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah. Maaf saya katakan mereka adalah gene dan darah Kelantan yang memang rajin dan suka berniaga. Hahaha gitu. Bukan lah bermakna orang dari negeri lain, pemalas pula. Bukan begitu. Kan wanita dari negeri Cik Siti Wan Kembang memang terkenal dengan berniaga. 

Zaman media sosial sekarang ini, siapa yang rajin akan mendapat peluang. Soal rezeki banyak atau sedikit, serahkanlah pada Allah. Selepas berusaha, cuma berdoa dan serahkan segalanya pada Allah. Allah lah yang memberi rezeki untuk setiap makhlukNya. Jangan risau, lambat atau cepat, ia pasti datang. OK sekarang kita masuk pula bab resipi dan masakan. 


Hari ini saya nak kongsikan resipi pajeri terung yang merupakan lauk yang sangat sangat saya gemari. Dalam banyak banyak masakan, pajeri lah kesukaan saya. Tak kiralah pajeri terung atau pajeri nenas.

Cuma nak jumpa pajeri yang sedap di kedai kedai, memang susahlah. Tak pasti kenapa. Mungkin juga mereka tak pandai membuat pajeri yang sedap. Mereka buat mungkin kari terung. Kalau pajeri memang berbeza dengan kari. Pajeri mesti pekat dan kuahnya rasa berempah. Sedangkan kari pula, kuah macam kari biasa. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba..... 


Pajeri Terung Sedap Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 biji terung - belah 2 tak putus
50 gram rempah kari daging Babas - 4 sudu besa
3 sudu besar kerisik
300-500 ml santan segar
2 sudu kecil garam - guna 1 sudu kecil
3 sudu besar gula atau secukup rasa
½ cawan minyak

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang puti
1 inci halia
2 sudu besar udang kering

Cara cara:
Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah kari kering (tak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat cepat.

Masukkan sedikit santan supaya tidak hangit dan kacau rata. Kemudian masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa serta kerisik supaya kesemua sekali masak mesra.


Setelah hampir terbit minyak, masukkan terung dan sedikit air sehingga agak agak terung tenggelam sahaja.

Masak dengan api sederhana sehingga terung lembut dan kuah pecah minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.


Catat Ulasan for "Pajeri Terung My Keeper Recipe"