Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

London Februari 2023 - Sightseeing Day 2



Alhamdulillah lusa kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini memberi peluang kita menggandakan banyak pahala sebagai bekalan untuk hari akhirat kita. Hari ini saya ingin menyambung percutian London saya pada hari ke2. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.  

Oleh kerana malam pertama di sini, memang lah jet lag. Pukul 3 pagi dah terjaga. Subuh di sini pukul 5 pagi. Bila tak boleh tidur, siap bersembang sembang lagi sesama sendiri dalam group WhatsApp. Sebenarnya saya merasakan percutian ini paling best, walaupun kami pernah bercuti bersama sama tetapi kali ini yang terbaik kerana kami tinggal di dalam satu rumah. Berbeza dengan hotel di mana masing masing tinggal di bilik dan hanya bertemu di lobi. Jom ikuti catatan seterusnya. 

Kami naik ke tingkat paling atas untuk solat Subuh berjemaah. Selepas solat subuh, ada pula sedikit tazkirah dan perkongsian ilmu sebagai pesanan antara satu sama lain. Sedih sangat, maklumlah kami dulu kenal dari muda remaja sekarang semua dah masuk usia dewasa. Kita tak tahu siapa antara kami yang akan pergi dahulu. Ramai juga geng kami yang telah dijemput Illahi tapi bukan lah group rapat seperti kami ini. 
 


Ketika yang lain pergi morning walk di taman berhampiran, saya bersama Dr Hamidah dan Cikgu Badariah masuk ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Kami memasak nasi lemak dan menggoreng telur mata. 


Kemudian bila yang lain balik, mereka menyediakan sandwich menggunakan roti croisant. Nasi lemak hari ini berlaukkan rendang daging, sambal tumis ikan bilis, ikan bilis goreng, telur mata dan timun. 

Yang tak ada ialah kacang tanah goreng kerana saya memang bukan peminat kacang goreng. Agaknya terikut mitos zaman dulu, makan kacang naik jerawat di muka. Hahaha.




Selepas sarapan, kami bersiap siap untuk ke Oxford street. Seperti biasa, cuaca sangat sejuk. Pada mulanya ingat baju 2 lapis dah memadai tetapi tidak cukup untuk memanaskan badan. Ini yang saya tidak suka, bila bercuti di masa cuaca terlalu sejuk. Terpaksa pakai baju berlapis lapis. 


Kalau hari pertama kami naik train, hari ini kami naik bas untuk ke Oxford Street dan turun berhampiran dengan Marble Arch. Kami semua naik dan duduk di tingkat atas. Saya memang suka naik bas kerana dapat melihat persekitaran yang cantik semuanya. 



Kami turun di hentian depan marble arch. Kemudian berjalan untuk membeli tiket Big Bus untuk bas hop on hop off (HOHO). Rupanya ada beberapa company menyediakan perkhidmatan untuk bas ini. 

Selepas selesai urusan tiket, kami melintas jalan dan berjalan ke bahagian depan Marble Arch untuk menunggu bas kami. Walaupun banyak kali ke sini, kami belum pernah mengambil bas HOHO ini. Ini adalah pengalaman pertama kami dan lebih menyeronokkan bila bersama kawan kawan. 


Tiket untuk seorang £38. Ini adalah harga selepas tawar menawar tau. Harga biasa ialah £40 seorang. Kita boleh naik dan turun di mana mana perhentian yang bas ini berhenti. Kita dibawa mengelilingi bandar London. Hahaha info bagi yang tak tahu dan tak pernah alami lah kan. 


Semasa naik ke tingkat atas bas HOHO, hujan mulai turun rintik rintik. Memang bertahan lah kerana dah lah cuaca sejuk, hujan pula. Nak turun, memang di bawah pun dah penuh. Memang sejuk beku muka dan tangan. 


Kami turun di hentian selepas Tower bridge. Sementara menunggu waktu untuk naik cruise, kami makan fish and chips untuk mengalas perut. Cari restoran halal di kawasan itu, tak jumpa pula. Jadi kami makan di bangku sahaja sambil memberi makan burung burung. Portion sangat banyak, lain kali boleh beli satu jer sebab satu hidangan boleh makan untuk 2 orang. 

Selepas itu, kami beratur untuk naik cruise. Memang best sangat naik ni lagi lagi bila naik secara berkumpulan. Rupanya banyak sekali jambatan yang merentangi Thames River ini. 




Kami turun dari cruise dan mengambil bas yang sama, turun di depan Marble Arch. Hahaha dalam bas pun nak ambil gambar. Bukan gambar itu yang penting tapi memori di sebalik gambar itu yang akan menjadi kenangan indah selamanya. 


Dari situ, kami berjalan ke Masjid Salahuddin di Bayswater untuk solat. Masya Allah jauh berjalan kaki. Ruang solat wanita terletak di tingkat bawah. Terpaksa menuruni tangga yang sempit. Kalau orang yang badan berisi, susah juga nak turun. Bilik air besar tapi hanya satu jadi kena tunggu giliran. 


Kami kemudian mengambil bas untuk terus ke Westfield Mall yang terletak berdekatan dengan apartment kami. Kami makan malam di banyak food court yang terdapat di situ. Saya tiba tiba menjadi sangat keletihan sehingga tidak berselera makan. OK setakat ini dahulu, jangan lupa baca entri hari ke3 di SINI.




Catat Ulasan for "London Februari 2023 - Sightseeing Day 2"