Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Lala Goreng Berlado



Saya sentiasa mengingati diri saya supaya tidak berkeluh kesah dengan rezeki dan sentiasa menyakinkan diri bahawa rezeki dari Allah. Andai semua orang ingin memberi manafaat kepada kita, tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Begitu juga sebaliknya.

Jika kita diuji, pastinya ujian itu yang mampu ditanggung oleh kita. Allah tidak akan membebankan kita dengan suatu yang tidak mampu kita tanggung. Saya mengingatkan ini berulang ulang kali demi menguatkan semangat diri bila diuji. OK setakat ini dahulu.


Bila ada lauk lala, pasti teringatkan Aween kerana dia yang paling suka lauk lala dan selalu minta dimasakkan lala. Masakan apa pun dia tak kisah, asalkan lala. Biasanya 1 kg sekejap jer habis, kerana dia akan meratah ratah. Tapi bila Aween tak ada, lauk ini tak habis. Disimpan untuk dimakan waktu sahur. 

Hari ini saya menyediakan lala berlado. Secara asasnya sama dengan masakan berlado lain, cuma saya menambahkan serai dan daun limau purut. Jadi aromanya adalah ala ala tomyam masakan Thai  lah sedikit.

Jom layan resipi dan penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINISelamat mencuba...


Lala Goreng Berlado
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg lala
2 batang serai - diketuk
1 sudu kecil garam
½ sudu besar gula
1 asam keping
Daun bawang - sebagai hiasan

Bahan kisar:
3-4 biji cili merah
1-2 cili padi - jika suka pedas
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta serai sehingga terbit minyak dan wangi. Masukkan daun limau purut.

Masukkan lala dan kacau sehingga rata. Masukkan garam dan gula. Masak hingga lala masak. Tabur daun bawang sebagai hiasan.




Catat Ulasan for "Lala Goreng Berlado"