Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Ikan Jenahak Azie Kitchen Yang Sedap



Sebelum saya meneruskan, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya dan klik follow blog ya. Terima kasih. Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa setiap manusia akan diuji. Jika kita merasa kita susah, pasti ada lagi orang yang lebih susah. 

Jika kita melihat orang kaya dan merasakan mereka bahagia tapi tidak semestinya begitu. Anak saya, Nana selalu berkata Mama, kita nampak jer mereka tu bahagia tapi kita tidak tahu hakikat sebenar. Mungkin mereka juga ada masalah tersendiri.  

Kebelakangan ini, saya banyak bersembang dengan Nana terutama berkenaan dengan ujian dan kesusahan hidup. Kawan kawan macam mana rapat sekali pun, hanya boleh melihat dan bersimpati tetapi siapa sebenarnya yang akan membantu dan yang merasai kesakitannya, ialah keluarga sendiri. 

Hanya pasangan dan anak anak yang tahu hakikat sebenar kehidupan kita. Jadi jaga lah keluarga sendiri dengan saling menyokong dan membantu antara satu sama lain. Jangan dengan orang lain sahaja nak buat baik kan. 

Saya mendengar video kuliah Ustaz Md Esa Deraman berkenaan dengan orang yang diuji dengan tanggungan yang banyak. Antara petikannya ialah walaupun perlu mencari rezeki dek kerana tanggungan yang banyak tapi hati tetap yakin bahawa rezeki dari Allah. Berapa ramai yang menghalang, tetap akan menjadi miliknya jika Allah mengkehendakinya. Begitu juga sebaliknya.  

Dia akan berazam untuk menjaga hukum Allah. Tak akan sesekali mencari rezeki secara haram atau yang dilarang dek kerana desakan dan tanggungan yang banyak. Akan tetap teguh pada Allah kerana tak akan mati seseorang hambaNya melainkan disempurnakan rezekinya. Allah memberi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu. OK setakat ini dahulu.


Saya lebih suka ikan jenahak berbanding dengan ikan siakap. Entah kenapa teringin sangat nak makan masak lemak ikan jenahak tapi ramai bagi pendapat lebih sedap ikan jenahak dimasak kari atau asam pedas atau masak 3 rasa berbanding dengan masak lemak. 

Akhirnya saya akur dan memasak kari ikan yang dibeli dari kawan Dr Abdol Aziz Sahat yang dipancing ini. Ikan memang sangat segar dan masih berlendir sisik ketika disiang. Hahaha jangan tak tahu, saya kalau siang ikan berlendir nanti dah siap masak, saya jadi tak lalu makan. Biasa beli ikan yang dah siap disiang. Balik rumah hanya tinggal dibasuh dan dicuci bersih sahaja.

Bila ikan segar, memang rasa isi ikan manis. Tapi saya ni jenis tak suka makan ikan. Kalau makan ikan, mesti ikan yang direbus dan digoreng atau dimasak gulai lemak. Tapi bila dimasak kari yang berempah, bolehlah juga makan. Kari ikan mesti dibuat masam masam seperti kari yang dijual di restoran Mamak. Barulah sedap.

Jom layan resipi dan penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINISelamat mencuba....


Kari Ikan Jenahak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan jenahak
1 biji kelapa - santan secukupnya
2 daun kari
1 sudu besar halba campur
4 biji cili padi - hiris
2 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar rempah kari daging
1 kepal asam jawa - air asam jawa
1 kiub ikan bilis
Garam
1 biji buah tomato
2 biji cili merah
6-8 kacang bendi

Bahan hiris:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan halba campur dan cili padi. Kacau sehingga naik bau, masukkan bahan hiris dan kacau lagi sehingga sedikit keperangan.

Masukkan rempah kari dan kacau rata dengan cepat, kemudian masukkan sedikit air. Masukkan daun kari dan sedikit garam. Tumis sehingga terbit minyak dan garing.

Masukkan air asam jawa secukupnya. Masukkan kiub pati ikan bilis, jika suka.

Masukkan santan dan masak sehingga mendidih. Masukkan ikan. Setelah ikan separuh masak, masukkan sedikit lagi daun kari, buah tomato, cili merah dan bendi. Nota: saya rebus bendi dengan sedikit minyak secara berasingan.

Renih sehingga kuah terbit minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.





Catat Ulasan for "Kari Ikan Jenahak Azie Kitchen Yang Sedap "