Gulai Lemak Udang Dengan Kacang Buncis
Tadabbur surah Al Asr oleh Ustaz Md Esa Deraman sebut dalam kuliah zoom di mana surah aal Asr surah pendek yang mengandungi semua perkara yang manusia perlukan iaitu beriman, beramal soleh, berpesan dengan kebaikan dan berpesan dengan kesabaran. Tapi saya ingin kongsikan apa yang ustaz sebut dalam kupasan beliau iaitu iman seseorang yang boleh turun naik.
Jadi guna masa yang ada untuk kuatkan iman kita. Supaya keyakinan kita sentiasa teguh. Melihat orang mati. akan ingatkan kita akan kekuasaan Allah. Melihat alam dan persekitaran, ingat kehebatan Allah. Sehebat hebat manusia tak akan berlaku jika Allah tak izinkan seperti berlaku kejadian tsunami, banjir dsb. Ini cara kita guna masa kita untuk melihat semuanya dari kehebatan ciptaan Allah.
Bila duduk sorang diri, baca Al Quran. Jangan bila sorang, hanya termenung, tidur, tengok TV sahaja. Nilai sebenar ialah bila kita bersendirian. Bila dengan orang, kita berlakun banyak. Kita senyum walaupun sebenarnya sekadar lakunan. Bila sorang, kita adalah kita. Pentingnya ilmu bersendirian. Itu tanda Murakaballah kita.
Terdapat 7 golongan yang mendapat naungan akhirat kelak ialah lelaki atau wanita yang mengingati Allah ketika sendirian dan mengalir airmatanya. Ia menandakan keikhlasan dan kejujuran. Mereka yang bangun solat malam dalam keadaan manusia lain tidur. Seorang yang hebat bila bersendirian. Habiskan masa membaca buku kisah alim ulamak. Bukan tengok TV atau bertik tok.
Nilai iman kita ialah bila kita bersendirian. Kita kembali pada Allah dalam keadaan sendirian. Dalam kubur kita akan bersendirian. Kita dicipta sendirian dan akan kembali juga bersendirian. Kenapa bayi menangis ketika dilahirkan? Kerana dia bersendirian. Bila kenal Mak dia, baru diam.
Waktu yang ada perbanyakkan amalan. Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan bulan perbanyak amal khususnya baca Al quran. Guna semaksimum untuk tambah ibadah seperti baca A lQuran, beri makan, qiamullail, terawih dsb. Waktu diguna untuk perkasa amal soleh.
Solat dhuha 12 rakaat, lakukan solat sunat dari zohor hingga Asar. Peruntukkan cuti untuk waktu paling bernilai untuk ibadah. Orang sia siakan Ramadhan akan rugi kerana Ramadhan adalah anugerah Allah paling hebat. Simpan cuti untuk 10 malam akhir. Pilih malam yang mungkin lailatul qadr. Buat jadual pengisian di bulan Ramadhan seperti Al Quran, zikir, istighfar, qiam, solat terawih dan infaq. Tekankan 2 perkara iaitu Al Quran dan bagi makan.
Menyediakan makanan berbuka puasa setiap hari. Ini orang yang bijak urus harta dan kewangan mereka. Umrah Ramadhan sama macam Haji pahalanya. Ya Allah terima lah amalan aku sepanjang Ramadhan ini supaya apa yang aku buat Allah terima. Waktu emas untuk gandakan amalan. Untuk gandakan segala galanya.
Rumah kami kalau udang, akan dimasak sambal tumis udang atau masak lemak. Kalau lain lain, kurang mendapat sambutan. Jadi saya akan cuba menambahkan sayuran sekali dalam gulai lemak seperti nenas, kacang buncis dsb supaya menjadi lauk 2 dalam 1.
Kalau anda belum pernah mencuba masakan ini, boleh cuba. Biasanya masak lemak tidak ditumis, tapi untuk resipi ini ianya ditumis supaya lebih terasa dan beraroma bahan bahan yang digunakan.
Jom layan resipi dan penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Gulai Lemak Udang Dengan Kacang Buncis
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
300 gram udang
1 ikat kacang buncis
1 kotak santan kotak
Garam
Serbuk perasa - opsyenal
Minyak masak
Bahan kisar:
1 genggam cili padi - ikut pedas disukai
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan udang dan kacau rata sehingga udang berubah warna.
Masukkan santan dan air secukupnya. Masak sehingga hampir mendidih, masukkan kacang buncis.
Setelah mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa. Bolehlah tutup api supaya kacang tidak terlebih masak.
Catat Ulasan for "Gulai Lemak Udang Dengan Kacang Buncis"
Add your comment