Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Dalca Tulang Kelantan



Saya ingin kongsikan petikan dari kuliah Zoom Dato Dr Fatma El Zahraa berkenaan dengan keperluam untuk kita menuntut ilmu. Kena belajar untuk selamat dunia dan selamat di akhirat.

Kita harus menpunyai rasa malu dengan Allah. Setiap agama ada akhlak. Dalam islam akhlak yg paling tinggi ialah malu dengan Allah. Rasulullah masuk dan beri salam pada sahabat. Wahai sahabat ku, malulah sungguh sungguh dengan Allah. Sahabat tanya macam mana yang dikatakan bersungguh sungguh. 

Pertama, mata tak tengok melainkan yang baik, lidah tak bercakap melainkan yang baik, telinga tak dengar melainkan yang baik, juga otak tak fikir melainkan yag baik. Jangan sesekali berburuk sangka kat orang. Oleh kerana kita sekarang berada dalam bulan Ramadhan, maka kena jaga lebih dari bulan biasa.

Kedua, kita mesti pastikan makanan yang masuk makanan dalam perut kita ialah yang halal. Kemaluan mesti pastikan yang halal. Jangan buat benda yang boleh mendekatkan dengan zina contoh seperti pakaian, jangan pakai ketat, cara berjalan berlenggang lenggok di depan lelaki.

Ketiga, sentiasa ingat mati. Saya akan masuk kubur. Malu dengan Allah kalau saya muflis semasa masuk kubur, kubur yang gelap gelita dan kubur yang sempit. Kena rasa malu dengan Allah. 

Malu dengan Allah secara bersungguh sungguh akan membawa kita yang terbaik. Jadi kena berusaha untuk menpunyai perasaan malu sungguh sungguh dengan Allah. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.


Saya memang suka dalca Kelantan. Kalau nak lagi sedap, guna rempah dalca yang boleh dibeli di Kelantan. Rasanya tak sama dengan bila kita menggunakan rempah kari biasa. 

Dalca ini bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi minyak, nasi tomato, nasi putih tapi juga dicicah dengan roti, roti canai dan roti jala. Hmm memamg sedap tau. 

Jom layan resipi dan penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Dalca Daging Kelantan
Oleh: Azie Kelantan 

Bahan bahan:
1 kg tulang 
8 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar cili kisar 
1 biji kelapa parut - 400 ml santan cair & 500 ml santan pekat
1 sudu kecil pes asam jawa
Bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis
½ cawan kacang dhal - rendam dan rebus
1 sudu besar garam atau secukup rasa
2 sudu besar gula
1 cawan minyak masak

Bahan Sayuran:
2 biji terung panjang
Sedikit kacang panjang/kacang buncis
2 biji kentang
1 batang karot
2 biji cili merah - patahkan 2
2 biji cili hijau - patahkan 2

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

Bahan hiris:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan dan tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan pelaga hingga terbit bau.

Masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing. Sementara itu satukan rempah kari dan cili kisar, campurkan dengan sedikit air. Jadikan pes pekat.

Apabila bahan tumisan garing, masukkan pes rempah kari dan cili kisar. Tumis sehingga terbit minyak.

Masukkan daging dan gaul bersama rempah hingga sebati. Biarkan sehingga daging kecut dan mesra dengan bahan tumisan. Tambah air sama paras dengan daging untuk empukkan daging. Nota: saya rebus daging terlebih dahulu.

Setelah empuk, masukkan air, kacang dhall dan biarkan mendidih sebelum dimasukkan santan. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.

Masukkan kentang, karot dan terung. Masak sehingga ubi kentang empuk.

Sesuaikan rasa. Masukkan kacang panjang, cili merah dan cili hijau. Renih sehingga kuah terbit minyak. Sedia dihidang.




Catat Ulasan for "Dalca Tulang Kelantan "