Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap
Alhamdulillah kita bersua lagi dan syukur kerana saya masih diberi kekuatan dan semangat untuk menulis walaupun pembaca sekarang lebih suka masuk ke Instagram dan facebook. Tapi kerana masih ada pembaca blog saya yang singgah setiap hari, saya berazam untuk terus menulis di blog.
Terlebih dahulu jangan lupa untuk klik satu iklan yang keluar di bahagian atas blog saya. Terima kasih atas kerjasama anda dan semoga Allah sahaja yang membalasnya. Saya tak mahu menulis panjang panjang kerana saya masih letih dan jet lag lagi selepas balik dari London beberapa hari yang lalu.
Terdapat banyak versi penyediaan lauk masa kicap. Ada yang cair berkuah, ada yang pekat. Ada yang menggunakan cili kisar, ada guna cili padi dll. Lauk masak kicap memang terkenal kerana selain versi penyediaannya yang pelbagai juga kerana ianya sesuai untuk dimasak pelbagai lauk seperti ayam, daging, ikan.
Kalau suka ayam masak kicap, boleh cuba versi ini, sedap sebab memang terasa pekat melekat kicapnya. Ini adalah kerana kita tidak memasukkan air pun dalam resipi ini.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba semua.....
Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cukup rasa
1 sudu besar cili kisar
Kicap lemak manis - ikut pekat dan warna gelap disukai
2 kulit kayu manis
Bahan kisar:
50 gram halia - 4 inci halia
20 gram bawang putih - 4 ulas
200 gram bawang besar - 3 biji sederhana besar
Bahan hiasan:
1 biji bawang besar Holland - hiris
1 biji cili merah - hiris
Daun sup
Cara cara:
Lumur serbuk secukup rasa dengan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam. Masukkan ayam kesemua sekali. Goreng dalam ¾ masak. Kacau rata. Angkat dan ketepikan.
Buang sedikit minyak. Masukkan kulit kayu manis dan bahan kisar sehingga air kering. Bahan kisar halus dikisar dengan air sekadar boleh bergerak.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak. Nota: jangan masuk air.
Masukkan ayam goreng dan kicap. Kacau rata.
Masukkan bahan hiasan. Kacau rata. Boleh sesuaikan rasa. Jika tak cukup masin, boleh tambah.
Nota:
Jangan tambah air.
Catat Ulasan for "Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap"
Add your comment