Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Agar Agar Sirap Rose Biji Selasih


Alhamdulillah kerana pembaca blog saya sangat supporting dan sudi klik iklan yang keluar. Terima kasih. Saya terpaksa meminta anda berbuat demikian kerana ramai salah faham. Mereka fikir bila masuk sahaja ke blog saya, blog akan mendapat income seperti mana youtube. Ooh tidak, tidak. Tidak begitu. 

Saya ingin menyentuh sedikit bab rezeki yang disebut oleh seorang ustaz dalam video yang banyak dikongsi di media social. Kita jangan merasa iri atau dengki dengan rezeki orang lain. Kerana kita kena ingat, rezeki melimpah yang mereka perolehi adalah pemberian Allah. Bukan kerana perniagaan mereka, bukan kerana usaha mereka, bukan kerana mereka. 

Begitu juga yang kaya raya tu, jangan ingat kekayaan mereka itu kerana usaha mereka atau kebijaksanaan mereka. Semuanya adalah dari Allah. Tidak perlu lah menunjukkan kekayaan atau berasa "kayangan" sangat. Sedang universiti pun, kaki tak jejak. Mana datangnya kebijaksanaan kita. Setiap kekayaan dan kemiskinan adalah ujian untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang sabar. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 


Selera saya bab kuih muih berbeza dengan suami dan anak anak. Bila berbuka, saya suka makan kuih basah atau berkuah. Contoh seperti pengat, kuih puteri mandi, agar agar, nekbat atau apa apa yang basah. Berbeza dengan anak anak yang suka kuih macam karipap, murtabak, roti john dsb. 

Mungkin kerana saya membesar dalam suasana kampung di mana kuih muih dimasak sendiri oleh ibu atau kuih yang ditukar dengan jiran jiran. Bila kita hantar sepinggan kuih, mereka akan bagi sepinggan kuih atau sepinggan lauk. Jadi masak satu lauk, dapat makan dua lauk gitu. 

Bukan sahaja bulan Ramadhan tapi masa hari raya ketika itu juga, hidangan kuih kami adalah agar agar dan tapai pulut. Tiada biskut biskut raya. 

Agar agar sirap rose ni adalah agar agar legend kesukaan saya dulu, kini dan selamanya. Biasanya kita akan menemuinya sebagai kuih di majlis kenduri kawin. Warna merah berkilat jernih pasti membangkitkan selera. 

Hari ini saya masukkan 2 sudu besar biji selasih untuk rasa seperti air sirap rose dengan biji selasih yang juga air minuman kegemaran saya waktu berbuka. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Agar Agar Sirap Rose Biji Selasih
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
20 gram agar agar
1 ¾ cawan gula - guna 1 1/2 16 sb
7 cawan air - 1450 ml
10 gram gula batu
2 sudu besar sirap rose
Setitis pewarna merah - opsyenal
1 helai daun pandan
2 sudu besar biji selasih - kacau dengan air secukupnya

Cara cara:
Rendam agar agar seketika. Tos dan rebus dengan air dan daun pandan sehingga agar agar larut. Setelah larut, biarkan mendidih lagi seketika.

Setelah itu, masukkan gula dan gula batu. Masak sehingga gula hancur.

Setelah gula hancur, masukkan sirap rose dan sedikit pewarna merah. Biarkan ia mendidih lagi. Masukkan biji selasih yang telah dikacau dengan air secukupnya.

Angkat dan tuang ke dalam acuan disukai. Setelah mengeras, masukkan dalam peti sejuk.




Catat Ulasan for "Agar Agar Sirap Rose Biji Selasih"