Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Umrah Januari 2023 Makan Nasi Arab di Syareq Qurban Yang Serious Sedap


Alhamdulillah masih diberi ruang dan waktu untuk menyambung catatan perjalanan Umrah 2023 saya. Boleh rujuk entri hari pertama dan kedua di SINI dan di SINI

Selepas balik dari solat Isyak, kami turun ke lobi hotel pukul 8.00 malam untuk keluar makan nasi Arab dengan muttawif, Ustaz Tuan Azfar dan jemaah wanita lain yang terdiri dari Puan Jaharah dan 3 orang anak beliau serta Azleen. Kami mengambil kereta MPV yang boleh memuatkan kami semua dan membayar tambang, kalau tak silap ialah Rial10 seorang. 

Tak jauh kedudukannya dari hotel, selepas sedikit sahaja dari Masjid Bilal bin Rabah. Malahan kalau jemaah lelaki, boleh jer berjalan kaki dari Masjid Nabawi untuk ke sini. Cuma kalau ke sini, elok bersama orang lelaki kerana di hadapan kedai makan tersebut agak sesak dengan kebanyakannya orang lelaki. 


Oleh kerana di hadapan kedai terlalu ramai orang, agak panas, kami masuk makan di tingkat atas kedai yang berhadapan dengan kedai nasi arab. 

Kata ustaz, portion sangat besar. Jadi kami order 2 sahaja yang dikira ikut kilo 1/2 kilo atau 1 kilo. Kami order nasi dengan kambing bakar dan ikan goreng. Kami makan seramai lapan orang dengan mengambil 1 kg daging, 4 ekor ikan dan 2 pinggan kambing panggang. Ikannya digoreng garing dan nampak sangat menyelerakan. 




Ada juga ayam yang dibakar atas batu, tapi kami tak ambil ayam kerana macam dah biasa sangat makan ayam. Kalau tak silap, jumlah bil lebih dari Rial 250. Alhamdulillah, Niza anak Puan Jaharah telah belanja kami semua. Terima kasih Niza kerana belanja makan yang sangat sedap dan pasti menjadi kenangan seumur hidup. 


Sementara menunggu driver sampai, kami singgah di kedai menjual air tebu segar yang terus diproses selepas kita order. Saya baca banyak di tiktok dan Instagram menyebut kesedapan air tebu di Mekah dan Madinah. 


Serious pada saya, ianya biasa biasa sahaja. Sedap lagi air tebu original LamanTebu LarisOri yang diusahakan oleh adik ipar saya. Boleh cari di facebook mereka untuk tempahan. Bukan sahaja kebersihan terjamin tapi juga didatangkan dalam segar atau frozen. Memang orang kita suka sangat viral benda benda macam ini. Lebih pada mahukan content. 

Madinah memang sangat meriah dan happening di waktu malam. Mungkin juga kerana keadaan cuaca Madinah yang sangat panas di siang hari. Jadi mereka akan keluar untuk makan makan dan membeli belah di waktu malam. Memang nampak sangat happening kerana banyak kedai kedai lain juga yang dibuka. Bukan kedai makan sahaja.

Untuk ke tempat ini, kalau ambil uber boleh jer ambil destinasi Kaki bakers and bakery yang terletak di belakang kedai kedai makan tersebut. Landmark masuk adalah masjid Bilal bin Rabah. Tidak jauh dari situ, kawasan bandar yang banyak kedai kedai dan kedai makan di tempat. 


Alhamdulillah tercapai hajat di hati untuk makan nasi Arab di Madinah setelah sekian lama teringatkan keenakan nasi mandi di Jibal Ridan yang pernah kami kunjungi beberapa kali semasa mengerjakan Haji Januari 2007 dulu. 

Tapi sekarang tak pasti samada kedai ini masih wujud. Tapi kalau ikutkan Ustaz Tuan Azfar, ianya masih wujud. Di sini, kita boleh tengok nasi mandy dan ayam yang dibakar di dalam tanah. Kalau ada rezeki, harapnya, satu hari saya dapat berkunjung ke sini lagi. Update: boleh klik entri seterusnya di SINI




Catat Ulasan for "Umrah Januari 2023 Makan Nasi Arab di Syareq Qurban Yang Serious Sedap"