Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Umrah 18 Januari 2023 Miqat Di Masjid Saiditina A'ishah Di Tanaim


Alhamdulillah hari ini saya ingin menyambung catatan perjalanan kami menunaikan umrah ketika di bumi Mekah. Boleh klik entri umrah wajib di SINI dan hari aktiviti bebas kami di SINI.

Pada asalnya ingat tak nak buat umrah sunat kerana kepenatan yang belum habis. Saya dah siap update dalam group WhatsApp yang saya tak nak ikut. Sekali Juita tanya kenapa mama tak nak buat umrah. Itu yang terus saya ubah fikiran, dan menghubungi Ustaz Amirul memberitahu akan join. 



Kami menaiki bas untuk ke Tanaim. Tanaim adalah tanah halal terdekat yang merupakan tempat bermiqat untuk orang orang Mekah. Di sini lah tempat Saiditina A'ishah bermiqat. Jadi ianya dikenali sebagai Masjid Saiditina A'ishah di Tanaim. 

Selepas berniat umrah, kami semua berkumpul untuk bergambar kenangan. Sebaik sampai di Mekah, kami terus berjalan masuk melalui pintu King Abdul Aziz untuk memulakan tawaf yang dibimbing oleh Ustaz Amirul. 

Sebaik habis tawaf kami mengambil tempat di hadapan Maqam Ibrahim untuk melakukan solat sunat tawaf. Memandangkan waktu Zohor pun dah tak lama lagi, tambahan pula dah dapat tempat solat yang bagus, kami buat keputusan untuk melakukan sai secara sendiri. 

Selepas solat Zohor, baru kami berjalan mencari tempat untuk pendaftaran sewaan scooter. Rupanya untuk ke tempat scooter, kena ambil lift di luar bangunan di sebelah kiri pintu Babu Salam. Kiranya berhampiran dengan bahagian luar Bukit Safa.




Kami bersai bersama Nizah, Akmar dan Shima, Azleen serta Rosdiana. Kami mengambil scooter elektrik dua tempat duduk dengan bayaran Rial 57.50 untuk seorang dan Rial 230 untuk berdua. Kita boleh membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit atau kad debiot juga di kaunter bayaran. 


Selepas selesai sai, kami semua berjalan kaki ke Safwah Tower. Kami naik ke tingkat 2 di mana banyak kedai makan terdapat di situ termasuklah restoran D'saji Malaysia. Masa nak makan, ada seorang lelaki Arab yang duduk di meja yang kami tumpang, memberikan saya nasi arab berlaukkan ayam. Jadi saya pun makan lah nasi Arab tu walaupun sebenarnya hati teringin nak makan nasi Mandy kambing yang dah dibeli.

Di sini, bila nampak kita dah siap makan, akan ada yang datang bawa sabun dan air untuk kita membersihkan tangan. Dan diberikan juga tisu. Haa dah lepas basuh tu, sedekahlah sedikit sebab kalau nak pergi ke sinki untuk basuh tangan pun agak jauh. Kalau tak perasan, tengok tengok kerusi kita pun ditarik orang kerana di situ, tempat makan sangat terhad berbanding dengan pelanggan yang ramai. Memang kena pegang kerusi supaya tidak ditarik orang lain tanpa kita sedar.


Dapat minum pulak teh ais di Restoran D'saji memang sangat sedap. Saya pun merasa sedikit nasi lemak ayam masak merah yang dibeli oleh Ros. Hmm memang sedap lah walaupun dijual di Mekah.

Sebelum keluar dari Safwah Tower, saya singgah beli kurma muda untuk makan makan di bilik. Sebelum balik ke hotel, kami singgah bergambar di dataran masjid dengan berlatar belakangkan Clock Tower dan juga Masjidil Haram. Bila ada Ros, dapatlah bergambar berdua dengan Juita. Kalau tidak, kena bergilir gilir. 


Aktiviti seterusnya macam biasalah, kami ke masjid untuk solat Zohor, balik dan pergi lagi untuk solat Asar. Kemudian pergi lagi untuk solat Maghrib dan menunggu sehingga solat Isyak. 

Kalau ikutkan hati nak jer beriktikaf di dalam masjid tapi kena juga balik hotel untuk memperbaharui wudhu.  Kami berkenalan dengan jemaah dari Brunei. Dah jadi penpal Juita. Boleh klik entri seterusnya di SINI

Catat Ulasan for "Umrah 18 Januari 2023 Miqat Di Masjid Saiditina A'ishah Di Tanaim"