Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Terung Dengan Ikan Bilis Goreng Berlado



Alhamdulillah kita bertemu lagi dengan entri masakan. Maklum saya juga sekarang sedang membuat posting entri berkenaan perjalanan Umrah saya pada bulan Januari yang lalu. Boleh klik di SINI untuk entri pertama dan klik link di sana untuk entri sambungannya. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog tau. Terima kasih.

Saya masih lagi teringat ingat dengan topik kuliah online oleh Ustaz Md Esa Deraman Tokku Pasir Gudang berkenaan tanda tanda hati yang mati. Hidup kita baik dan buruknya bergantung kepada seketul hati. Inilah bermula segalanya niat dan segala azam untuk beriman dan sebagainya. Hati yang bersih akan mudah mendapat hidayah sedang hati yang kotor dan seterusnya mati, umpama cermin yang dipenuhi bintik bintik hitam yang akhirnya tidak lagi dapat digunakan untuk melihat diri sendiri kerana hanya berwarna hitam kegelapan. 

Banyak tanda tanda bagaimana hati boleh mati. Boleh rujuk entri saya sebelum ini di SINI. Antaranya ialah tidak mahu berzikir dan mengingati Allah dan tidak suka mendengar bab bab agama. Subhanallaah, semoga kita dijauhi dari menpunyai tanda tanda ini. 

Alangkah ruginya jika kita mati dalam keadaan diri menpunyai hati yang mati. Orang munafik balasannya di akhirat kelak ialah sama dengan balasan untuk orang kafir iaitu neraka. Tidak ada suatu yang dipertengahan antara orang Mukmin dan orang Kafir. Hanya syurga dan neraka sahaja. 

Sangat rugi seorang yang keluar pagi dan balik jauh malam untuk mencari rezeki tapi tidak mahu berbaik dengan pemberi rezeki. Tidak mahu mematuhi perintah dan larangannya. Melakukan perkara yang sama dan mengharapkan sesuatu yang berbeza adalah perkara gila. 

Haa ada pepatah yang menyebut begitu kan. Jadi jika kita gagal pun untuk bring food to the table, apa gunanya bekerja. Di mana salahnya, di mana yang boleh diperbaiki. Tapi orang yang hatinya mati, tidak akan mahu berubah walaupun telah diberi tanda tanda yang nyata. Cukuplah sampai di sini semoga kita mendapat manafaat dan diberikan petunjuk dan hidayah dari Allah dalam hidup ini supaya kita mati di jalan yang diredhai Allah. 


Dalam banyak banyak sayuran, saya sangat gemarkan sayur terung. Samada dimasak pajeri, masak lemak putih atau digoreng sahaja samada goreng kicap atau goreng berlado.

Untuk hari ini saya buat sambal berlado yang sedikit kering. Bukan macam sambal berlado masakan minang tu, yang berminyak basah. Alhamdulillah sedap dan mudah jer menyediakannya dan bahan pun simple sahaja.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.


Terung Dengan Ikan Bilis Berlado
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
3 biji terung - hiris serong
Satu genggam ikan bilis - digoreng garing
½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula

Bahan tumbuk:
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah dan cili hiiau
4 biji cili padi 

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng terung.

Angkat dan ketepikan. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Masukkan bawang putih dan bawang merah sehingga terbit bau wangi, masukkan cili yang telah dikisar. Masak sehingga garing.

Masukkan garam dan gula. Masukkan terung dan ikan bilis. Gaul sebati. Bolehlah tutup api.




Catat Ulasan for "Terung Dengan Ikan Bilis Goreng Berlado"