Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Kicap Cara Norazlina Awang Had

 

Saya mengambil resipi ini dari video yang diajar oleh Datin Seri Panglima Norazlina Awang Had, bekas personaliti Televisyen yang popular satu masa dulu. Semasa kempen PRU15, beliau dilihat banyak berkongsi resipi dengan memasak bersama para pengundi dalam program kempen mereka. 

Saya melihat wanita ini sebagai seorang wanita 'educated' yang sangat hebat dan tabah. Beliau gigih mengusahakan kafe yang popular dengan seasalt brownies. Beliau menpunyai aura tersendiri dan tidak berlebihan dalam berfesyen dan berpenampilan. Saya sangat kagum dengan beliau. 


Resipi ayam masak kicap ini adalah resipi tok beliau yang dipanggil juga ayam masak kicap bodoh. Agaknya sebab simple bahan dan cara membuatnya, itu sebab dipanggil begitu. 

Saya mencuba kerana inginkan kepelbagaian masakan saya. Jadi kalau masak kicap, bukanlah hanya sejenis sahaja. Kena juga cuba cara lain supaya rasa berbeza dan tidak menjemukan.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.... 


Jom Masak Kicap norazlina awang had
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam
Cuka
Kicap cair

Bahan tumis;
Cili merah - hiris
Kicap lemak manis
Lada hitam - tumbuk

Bahan hiasan:
Bawang besar hiris - hiris
Ubi kentang - hiris nipis, lumur garam kunyit & goreng
Daun bawang - hiris
Kacang peas

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ubi kentang. Angkat dan ketepikan. Goreng pula ayam sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam. 



Masukkan cili merah hiris dan goreng sehingga layu. Masukkan air perapan ayam. 

Tuang kicap lemak manis dan lada hitam secukupnya.

Masukkan ayam goreng dan kacau rata. Biarkan ayam merenih dengan kuah kicap sehingga mesra dan sebati. Sesuaikan rasa. Tutup api. 

Masukkan bahan hiasan. Tutup kuali. Biarkan seketika supaya bawang sedikit lembut tetapi masih rangup. 


Catat Ulasan for "Ayam Masak Kicap Cara Norazlina Awang Had"