Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Asam Pedas Ikan Jenahak Stail Johor



Saya kadang kadang menjadi sedih secara tiba tiba bila bersendirian. Mendengar bacaan Al Quran atau selawat pun boleh menjadikan saya rasa sebak. Kadang kadang rasa aku dah sampai masa ke. Kadang kadang terfikir bila masa kita akan dipanggil mengadap Illahi. Ini semua rahsia Allah yang kita tidak tahu tapi mungkin kita dapat merasakannya. 

Kadang kita rasa sedih dengan dunia ini. Banyak ujian dan cabaran. Dengan kemelut politik, dengan kenaikan harga barang dsb. Semuanya memberi masalah pada golongan pertengahan dan bawahan seperti kita. Orang biasa bekerja bertungkus lumus untuk beri kehidupan selesa pada anak anak. Bukan untuk kaya dan bermewah pun. 

Pada masa sama, sedih melihat penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa. Walaupun dah kaya raya, masih tidak ada rasa kecukupan. Dunia ini melekakan dan penuh dengan tipu daya. Yang baik, kelihatan buruk. Dan yang ujian, disangkakan nikmat. 

Sekarang pun macam macam yang kita nampak di sini dan juga di negara lain. Sebagai contoh bumi Arab mula menghijau dengan pokok pokok. Kalau diikutkan apa yang disebut oleh Baginda Rasulullah tidak akan datang kiamat sehingga bumi Arab menjadi hijau dengan tumbuhan. Banyak juga kejadian pelik seperti zaman jahiliah yang terjadi di negara Arab kebelakangan ini dengan pesta pesta maksiat.

Pak Arab pun sekarang sesuka hati menaikkan harga hotel, membatalkan tempahan semata mata kerana mahukan keuntungan. Tapi saya percaya, tetamu Allah bukan lah kalangan orang yang mampu sahaja. Allah akan memampukan setiap tetamuNya. 

Air zam zam juga disekat oleh peraturan baru kerajaan Saudi. Tidak lagi boleh dibawa balik oleh mereka yang memegang visa pelancung. Masaalahnya kita yang pergi dengan travel agen juga diberikan visa pelancung kerana harganya lebih murah dan juga fleksibiliti. Secara tidak langsung, semua semua ini akan menambah rasa kesedihan pada jemaah walaupun kita terpaksa redha.

Satu cara ialah kita sabar dengan segala ujian ini ialah kena saling mengingati satu sama lain. Sekarang kan banyak group whatsapp dengan rakan rakan yang boleh digunakan untuk saling berpesan pesan pada kebaikan. OK sekarang beralih pula bab resipi.


Saya menyediakan lauk asam pedas Ikan jenahak ini sebelum saya menunaikan umrah. Saya baru perasan yang anak anak saya kurang gemar makan lauk ikan kecuali masakan tertentu seperti masak 3 rasa dan asam pedas. 

Saya belajar resipi ini dari seorang anggota polis wanita yang berasal dari Johor sewaktu beliau datang jumpa saya di pejabat suatu ketika dahulu. 

Saya tahu asam pedas Johor pun banyak versi, sama juga asam pedas Melaka pun banyak versi. Emak sahabat saya dari Johor bila menyediakan asam pedas akan menggunakan sedikit cili hidup merah 

Ada yang tidak menggunakan bawang putih dan halia. Halia hanya dimasukkan dalam asam daging sahaja. Ada yang tak masukkan daun kesum. Sebaliknya dimasukkan sawi jeruk

Jadi terpulang lah pada kita nak masak macam mana. Yang penting sedap pada selera kita. Biasanya saya memasak ikut apa yang bahan ada di dapur rumah saya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…..


Asam Pedas Johor
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ ekor ikan jenahak - 500 gram
3 sudu besar cili kering kisar
1 cawan minyak - agak bahan tumis tenggelam 
1 biji asam jawa saiz bola ping pong - bancuh pekat dengan air panas
Garam kasar secukup rasa
¼ sudu kecil gula - opsyenal
1 kuntum bunga kantan - belah 2
1 ikat daun kesum
800-900 ml air

Bahan kisar:
4-5 biji bawang merah - saiz besar
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 
½ inci kunyit hidup
Sedikit belacan bakar

Cara cara:
Panaskan minyak yang agak banyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan tumisan betul betul garing cantik serta terbit minyak. Nota: masukkan air dan tumis sehingga 3-4 kali terbit minyak. 

Masukkan air secukupnya. Masukkan asam jawa, garam dan gula. Biarkan mendidih dengan api perlahan supaya rasanya betul betul sebati.

Setelah mendidih, baru masukkan ikan supaya ikan tidak hancur. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. 


Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.

Catat Ulasan for "Asam Pedas Ikan Jenahak Stail Johor "