Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Apam Kampung Gula Merah Yang Mudah dan Sedap



Alhamdulillah hari ini hari pertama kita berada di tahun baru 2023. Haa sempena tahun baru ni, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog dan juga klik FOLLOW BLOG ya. Terima kasih atas sokongan anda semua. 

Hmm entahlah dah tua tua ini dah tak ada azam baru sangat. Azam setiap hari adalah untuk meningkatkan amalan supaya menjadi orang yang lebih beriman. Nak kena kurangkan diri dari bergantung dengan sesiapa kerana akhirnya kita akan pergi sendirian jua. 

Aktiviti pertama yang saya biasa buat setiap tahun baru seperti hari ini ialah menyemak baki akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk melihat berapa dividen yang dimasukkan ke akaun. Hahaha. Dividen tahun ini agak rendah dari tahun tahun sebelumnya.

Jadinya eloklah kita mempelbagaikan pelaburan kita seperti dalam KWSP, Bank Koperasi, Tabung Haji dsb. Jangan hanya satu tempat. Kalau ada dividen lebih sedikit, bolehlah digunakan untuk bercuti. Maklumlah pesara seperti saya tidak menerima pencen bulanan. Kenalah berbelanja dengan berhemah gituuu. OK sekarang kita masuk pula bab masakan.


Saya tak tahu lah kenapa saya suka sangat makan apam, terutama yang dicicah dengan kelapa parut. Agaknya sejak dari kecil biasa makan kuih apam kerana kuih ini ketika dulu, murah dan makannya pun mengenyangkan. 

Kuih apam kampung gula merah ini pun sangat cepat dan mudah disediakan. Jadi kalau tak ada banyak masa untuk menyediakan kuih untuk sarapan pagi atau minum petang, bolehlah buat apam kampung gula merah ini. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Apam Kampung Gula Merah 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
1 cawan air suam
½ cawan gula merah

Bahan B:
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
½ paket mauripan - ½ sudu besar

Cara cara:
Satukan bahan A dan kacau sehingga larut.

Kemudian dalam bekas lain, satukan bahan B. Tapis bahan A ke dalam bahan B. Kacau rata dengan whisk sehingga sebati.

Perap selama 1 jam atau sehingga kembang.


Sapu sedikit minyak pada loyang. Tuang adunan tadi (nota: jangan kacau adunan yang diperam tadi).

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Masukkan loyang dan kukus selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak.


Setelah masak, sejukkan seketika dan potong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.


Nota:
Kelapa parut dan garam, boleh kukus seketika untuk tahan basi.

Catat Ulasan for "Apam Kampung Gula Merah Yang Mudah dan Sedap"