Tahniah Dr Nurliyana Ain
Semalam 6 Disember 2022 adalah hari yang sangat membuatkan saya rasa terharu dan sebak serta rasa bangga bila melihat anakanda saya, Nurliyana Ain menerima ijazah sarjana perubatan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya.
Saya bersyukur kerana dikurniakan anak yang rajin dan bersemangat tinggi untuk mencapai kecemerlangan. Dia pernah memberitahu kami macam mana lah nak dapat CGPA 4 bila melihat kawan sefakulti yang memang bijak dan sentiasa mendapat markah tertinggi. Pada Nana, dia bukan mahu sekadar lulus tapi mahu lulus cemerlang.
Walaupun telah berkahwin dan menpunyai keluarga, dia tidak pernah lupa untuk meminta doa dan restu saya sebelum menduduki apa apa peperiksaan. Teringat satu tahun, dua dua Nana dan Juita menghantar mesej meminta saya doakan mereka.
Yang membuatkan saya bimbang ialah mereka menulis "takut" dengan kertas yang akan diduduki. Ketika mendapat mesej, saya berdoa pada Allah sambil menangis memohon supaya dipermudahkan mereka untuk menjawab semua soalan dan lulus dengan cemerlang.
Nana juga seorang yang tidak takut dengan cabaran dan persaingan. Sentiasa mencari peluang untuk belajar sesuatu yang baru. Alhamdulillah dia dipilih untuk berada dalam Young Opthal Committee yang pastinya memberikan dia pendedahan yang lebih luas dalam bidang ini.
Saya kagum melihat kesungguhan beliau untuk menjadi doktor pakar yang berpengalaman bukan semata doktor pakar "atas kertas dan sijil". Ramai berlambak doktor pakar sekarang ini yang mendapat jawatan sebagai doktor pakar berdasarkan lulus peperiksaan tetapi tahap kematangan dalam menguruskan kes pesakit masih "rendah" sebagai seorang doktor yang pakar.
Kenapa saya terharu dan juga bangga? Pertama, kalau saya pastinya saya tidak sanggup untuk belajar sambil bekerja dan pada masa yang sama menjaga anak anak yang ketika itu, baru habis pantang anak sulung. Kedua, saya bukan suka membaca seperti Nana yang sentiasa ada buku di tangan.
Saya yang merasa penat melihat Nana belajar bekerja sambil menguruskan rumahtangga. Dia sangat mementingkan pendidikan anak anak. Ammar dihantar ke sekolah seawal usia 2 tahun. Setiap hari meluangkan masa untuk mengajar dan bermain dengan Ammar. Sanggup membayar yuran persekolahan yang agak tinggi dengan kepayahan menghantar dan mengambil di rumah kami. Alhamdulillah, kami bersyukur kerana menpunyai menantu yang sangat supporting dan sentiasa memberi sokongan pada Nana.
Berbalik pada majlis konvokesyen yang ke62 ini, hanya saya dan Alain sahaja yang masuk dewan. Manakala Hubby balik ke rumah selepas menghantar kami untuk mengambil Ammar.
Selepas majlis, kami menghabiskan masa melayan Nana dan kawan kawannya berposing di mercu tanda kampus Universiti Malaya 2022. Alhamdulillah cuaca agak baik walaupun sedikit panas membolehkan Nana dan para graduan bergambar di sekitar bangunan Dewan Tunku Canselor.
Di dewan ini juga, saya dan Hubby menerima ijazah selepas menamatkan pengajian ijazah sarjana muda. Tanpa dirancang, Nana memilih songket tenun tangan dari Kelantan berwarna merah sama dengan pakaian saya ketika menerima ijazah yang juga songket asli Kelantan warna merah yang sama.
Akhir sekali tahniah pada anakanda saya dan juga jutaan terima kasih pada semua follower saya yang mengucapkan tahniah pada Nana. Doakan agar Nana terus menjadi seorang pegawai perubatan yang berdedikasi. Doakan juga agar Nana dipermudahkan untuk menduduki peperiksaan pada hari ini. Aamiin.
Tahniah!
BalasPadamYoutube Studio's
BalasPadamYoutube Live Stream Examples
Congratulations Kak Azie and to Dr Nana too! So happy for you and your family.
BalasPadamTahniah Dr, dan ibubapa yang banyak mendorong!
BalasPadam