Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Daging Minang Asli



Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana Allah telah mempermudahkan segala urusan kami sepanjang membuka pop up booth selama 2 hari pada 17 dan 18 Disember di Sunway Putra Mall. Maklumlah pengalaman pertama anak anak kami. Risau juga kalau ada yang tidak lancar di sana sini.

Mereka semua berkerjaya tetap tetapi sangat gigih menjalankan perniagaan online secara sambilan. Saya bangga kerana mereka memang tidak suka membuang masa secara sia sia. Selepas waktu pejabat, macam Nana selain  memberikan tumpuan pada urusan keluarga, urusan belajar dan peperiksaan, dia dan Juita akan sama sama belajar membuat sulaman yang ditempah. 


Alhamdulillah kerana sambutan yang diterima dari booth ini agak menggalakkan dan pastinya memberi motivasi untuk anak anak meneruskan usaha dengan lebih baik lagi di masa hadapan. 

Sementara itu, kami juga mengambil bilik di Hotel Sunway Putra sebagai memberikan mereka sokongan dan juga sambil staycation. Kami menghabiskan masa berkualiti bersama sama dengan anak menantu dan cucu cucu. Yang tidak ada, hanyalah Aween yang kini berada di Wales. 

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah sudi membeli dan singgah di booth kami. Tidak lupa juga pada semua follower saya yang telah meluangkan masa untuk bertemu dan bergambar dengan saya. Sehingga kita berjumpa lagi di booth yang akan datang. Salam sayang buat semua. Sekarang kita masuk pula bab resipi.


Saya suka memasak rendang kerana mudah. Maksud saya tak perlu nak tunggu kuah terbit minyak, tak perlu jaga santan supaya tidak berketul. Cuma keringkan ikut apa yang disukai. Jadi less stress gitu. Sekali sekala kacau jer. 

Cuma bila memasak rendang, bahan yang digunakan agak banyak. Itu pun senang juga, sebab kisar jer semua bahan. Jadi bila mood malas datang, saya akan memasak rendang.

Hari ini saya mencuba rendang minang asli. Rendang minang kalau kita perhatikan berwarna agak gelap kerana dimasak lama lama. Dah kering dimasak lagi atas dapur sehingga benar benar kering. Minyak yang keluar akan kembali menyerap pada daging.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Rendang Daging Minang Asli
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging
1 kg santan segar
1 helai daun kunyit
3 batang serai - ketuk
5 helai daun limau purut
Daun salam - tak letak
1-2 sudu kecil garam
Serbuk perasa aji no moto 

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kering kisar - jenis pedas
2 inci halia
2-3 inci lengkuas

Cara cara:
Satukan semua bahan kecuali santan ke dalam kuali.


Setelah mendidih, masukkan santan dan masak sehingga kering.


Masukkan garam dan ajinamoto.


Nota:
Rendang minang asli, tidak ditumis. 

Guna daging bahagian keting, lagi sedap.


Catat Ulasan for "Rendang Daging Minang Asli "