Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Cili Kering Sedap Pembuka Selera



Assalamualaikum semua telah lama saya tak bersiaran. Tak tahu kenapa, kebelakangan ini mood ke laut sahaja. Walaupun hari hari memasak, saya tidak ada mood untuk update di dalam blog.

Sementara itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah follow Instagaram saya @aziekitchen dan juga Instagram business anak anak saya iaitu @littlemunchkins.my dan @littledoublehcloset. 

Kedua dua IG ini menfokuskan kepada baju kanak kanak. Little Munchkins.my lebih kepada baju bayi dan kanak kanak berserta dengan baby gift set. Manakala baju gaun pula ada di Little Double H Closet. 

Saya juga akan melancarkan rekaan baju kurung untuk raya yang kami reka sendiri. Akan mula dilancarkan pada Januari 2023. Jadi jangan lupa dapatkan baju kurung raya untuk si manja.

Kami akan membuka booth di Sunway Putra Mall pada 17-18 Disember ini. Jangan lupa kunjungi booth kami ya. Bagi yang ingin mendapatkan buku resipi saya juga, akan ada di situ. Jumpa di sanaaa.... OK sekarang kita masuk pula bab resipi dan masakan.


Saya dah seminggu tak sihat dengan hidung berair dan batuk batuk, selera makan pun tak ada.  Saya masak tapi saya tak makan. Sebelum ini Aliya yang demam dan hidung berair sehingga lah berjangkit pada saya, Alain dan Bibik. 

Nasi goreng yang selama ini kegemaran saya pun juga tidak membuka selera saya sehingga lah pagi ini, baru terasa nak makan nasi goreng cili kering ala ala nasi goreng kampung.

Nasi goreng simple tak ada telur dan tiada protein lain selain telur dan ikan bilis.  Bawang bawang saya hiris sahaja tapi jika nak tumbuk pun boleh cuma tumbuk kasar kasar.  Sukatan cili kering tumbuk bergantung pada kepedasan cili. 

Jika guna yang jenis pedas seperti yang saya guna hari ini, 1 sudu besar pun dah terasa pedas sangat sangat. Jika cili kering tidak pedas, boleh dilebihkan supaya cantik nampak merah merah cili kering dalam nasi goreng kita.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat  mencuba…


Nasi Goreng Cili Kering
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
400 gram nasi putih
2 biji telur
1-2 sudu ikan bilis - tumbuk kasar
1 sudu besar cili kering tumbuk
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
Minyak masak

Bahan hiris:
3-4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara cara:
Potong cili kering dan rebus hingga air mendidih. Toskan dan tumbuk kasar. Nota: anggaran 6-7 tangkai cili kering.


Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga naik bau. Masukkan ikan bilis dan cili tumbuk. Kacau rata sehingga cili masak.

Masukkan nasi dsn gaul rata. Ketepikan nasi dan pecahkan telur. Bila telur separuh masak, kacau rata sehingga bergaul dengan nasi.

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Besarkan api dan masak hingga nasi berasap dan melompat lompat. Tutup api.





Catat Ulasan for "Nasi Goreng Cili Kering Sedap Pembuka Selera"