Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Laksa Utara Gerenti Sedap




Alhamdulillah kerana banjir di Kelantan dan Terengganu beransur surut sebelum kami balik ke Kelantan pagi esok. Risau juga untuk balik dengan anak cucu yang masih kecil jika keadaan masih banjir di sana.

Kami mengambil homestay yang berdekatan dengan Pantai Irama Bachok kerana ingin dekat dengan majlis perkahwinan anak buah yang diadakan di Bukit Marak. Selepas majlis kami akan check in di Hotel Perdana Kota Bharu untuk membolehkan anak cucu bermain dan mandi kolam renang. 

Sebelum balik kampung, saya menerima periuk non stick dari Vantage yang bersaiz agak besar iaitu 36 cm. Saya memang suka produk die cast Vantage ini. Permukaannya dilapisi dengan gliter non stick. Walaupun bersaiz agak besar tapi ianya ringan dan mudah untuk diuruskan. 

Saya memang concern sedikit dengan masalah ini selepas mengalami masalah carpal tunnel sehingga perlu mengambil injection untuk mengurangkan kesakitannya. Bila memasak, saya hanya menggunakan satu tangan untuk mengangkat periuk atau kuali. 

Dengan saiz seperti ini, memang memasak kuah laksa, kuah sup, kuah kacang dsb menjadi sangat mudah. Tak perlu risau untuk mengacau ngacau sehingga terkeluar dari periuk. Jadi jom apa lagi, dapatkan periuk ini yang sangat memudahkan kerja kerja anda di dapur.
 

Saya belajar membuat laksa ini dari sahabat baik saya yang berasal dari Perlis. Selain mengajar saya, dia juga datang merasainya ketika saya memasak untuk majlis rumah terbuka raya di rumah kami. Dia menambah asam dan garam bagi menjadikanya secukup rasa. Dari situ lah, saya belajar bagaimana laksa seharusnya menpunyai rasa masam masam dan masin. 

Laksa yang saya buat hari ini adalah untuk separuh adunan sahaja iaitu menggunakan 500 gram ikan kembung. Jika mahu buat 1 kg ikan, cuma ganda kan sahaja. Kuah laksa lebih sedap jika menpunyai rasa yang masam masam sedikit. Jadi jika disediakan sebelah malam, lagi sedap dimakan keesokan harinya. 

Kuah laksa utara memang berwarna agak cerah kerana ianya tidak menggunakan cili kisar yang banyak. Jika ingin rasa pedas, lebihkan cili hiris atau cili padi semasa dihidangkan. 

Jom layan resipi di bawah ini serta cara penyediaannya. Jangan lupa menonton video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Laksa Utara
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek laksa beras kering - cap cili
½ kg ikan kembung
2 sudu besar cili kisar
Segenggam asam keping - 30 kpg
1 sudu besar garam halus
1 ikat daun kesum
1 kuntum bunga kantan

Bahan kisar
½ biji bawang merah besar
4 biji bawang merah
½ sudu kecil belacan

Bahan lain:
Daun selom/daun salad
Timun
Bawang besar
Cili merah/cili padi
Limau kasturi - belah 2
Telur rebus - belah 2
Otak udang - jika suka

Cara cara:
Rebus ikan dengan 2 liter air. Kisar isi ikan dengan air rebusan dan ketepikan. Kisar pula kepala dan tulang ikan dengan baki air rebusan dan ketepikan.

Masak bahan kisar sehingga hampir kering dan masak. Masukkan air tulang ikan, isi ikan dan 1 liter air. Masukkan asam keping dan garam. Masak atas api sederhana sehingga mendidih.

Setelah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan. Biarkan merenih sehingga rasanya sebati.

Nota:
Kalau guna laksa basah, basuh laksa dan celur dalam air mendidih. Jika guna laksa kering, rendam laksa hingga lembut. Kemudian direbus hingga laksa betul betul lembut mengikut arahan pada bungkusan laksa. Atau boleh juga direbus dengan menggunakan periuk tekanan Noxxa seperti di bawah:

Cara rebus laksa Noxxa

Bahan - Bahan
1 bungkus Laksa Cap Kampung

Cara - Cara
Bilas sekejap laksa kering dengan air biasa kemudian letakkan dalam periuk noxxa.

Masukkan air sehingga paras laksa. Tutup dan putar tombol ke pressure, tekan RICE selama 6 minit.

Selepas bunyi beep tekan off dan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap. Tos dalam penapis dan bilas dengan air sejuk untuk hilangkan kanji.


Catat Ulasan for "Laksa Utara Gerenti Sedap"