Kacang Buncis Dengan Udang Goreng Kunyit
Saya percaya ramai yang dok mendengar dan membaca berkenaan pelantikan menteri kabinet malam ini. Apa apa pun PRU15, rakyat Malaysia yang mengundi mendapat pakej. Undi PH dapat sekali BN. Undi BN dapat free PH.
Haa macam tu lah lebih kurangnya. Jangan nak kecam saya pula. Kerana ini adalah hakikatnya yang berlaku. BN anti DAP dan DAP anti UMNO. Akhirnya bersatu sebagai sebuah kerajaan.
Sebagai rakyat kita tengok jer kerana kerajaan baru ini adalah kerajaan anti rasuah yang akan memerangi rasuah habis habisan. Makanya rakyat sepatutnya akan melihat lebih ramai kes rasuah yang akan dibawa ke muka pengadilan selepas ini.
Rasuah adalah melibatkan duit rakyat. Saya sebagai rakyat tidak menghalalkan perbuatan mencuri duit rakyat oleh pemimpin. Semoga mereka sedar sebelum mereka dipanggil mengadap Illahi.
Sesunguhnya kita tak perlu duit terlalu banyak dalam hidup ini kerana dunia adalah tempat persinggahan sementara sahaja. Akan ada hari pengadilan di mahkamah Allah yang adil seadil adilnya.
Saya hari ini masak kacang buncis dengan udang goreng kunyit. Udang goreng kunyit memang sedap. Letak pula dengan kacang buncis yang manis ni, lagi lah bertambah sedap. Haaa tak caya, jom cuba sendiri di rumah.
Jom layan resipi di bawah ini serta cara penyediaannya. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....
Kacang Buncis Dengan Udang Goreng Kunyit
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 cekak kacang buncis - potong serong
10 ekor udang - lagi banyak lagi sedap
½ biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris nipis
1 tangkai cili merah - hiris ke
1 sudu kecil serbuk cukup ras
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Cara cara:
Gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali dan goreng udang.
Setelah udang hampir masak, masukkan bawang besar dan bawang putih serta serbuk secukup rasa. Kacau rata.
Masukkan kacang buncis dan cili merah. Kacau seketika. Masukkan sedikit air untuk semua perasa menjadi sebati.
Sesuaikan rasa dan tutup api. Nota: jika suka, tambahkan sedikit serbuk kunyit.
Catat Ulasan for "Kacang Buncis Dengan Udang Goreng Kunyit"
Add your comment