Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Selar Sambal Yang Pasti Makan Menambah Nambah



Saya ingin kongsikan petikan dari video Ustaz Jafri berkenaan solat tahajjud. Solat sunat tahajjud minimum 2 rakaat. Wajah seseorang yang menunaikan solat tahajjud akan diberi nur.  Ada seri pada wajah. Ianya adah amalan para nabi dan soleh. 

Nak jadi orang baik, buatlah tahajjud. Nak masuk syurga, takut pada neraka. Apa sahaja kita nak dari dunia hingga akhirat, penyelesaiannya adalah dengan solat sunat tahajjud. Waktu Allah sangat dekat, Allah nak dengar segala permintaan, Allah nak perkenan segala hajat, Allah nak ampun semua dosa. 

Bangun waktu  akhir malam pada setiap malam. Berdoa agar Allah melindungi “Lindungi keluarga kami dari fitnah Ya Allah”. Masalah anak, masalah duit tak cukup, masalah rumahtangga tak berkat. Apa sahaja masalah, bangunlah mengerjakan solat sunat Tahajjud. Anak sekarang tak suka tengok muka kita. Kenapa anak jadi macam tu? Mungkin kesilapan yang kita buat waktu kita jahil dok sakitkan hati ibubapa kita dulu. 

Apa doa paling afdhal? Doa minta ampun dari dosa.  Dosa yang menyebabkan masalah menjadi banyak. Dosa banyak menyebabkan banyak benda tersekat. Bila dosa terpadam, baru Allah beri. Jadi kena minta ampun untuk padamkan dosa. Nak masuk syurga tanpa hisab, kena perbanyakkan solat sunat tahajjud. Setiap hari, mesti buat. Insya Allah.  OK sekarang kita masuk pula bab resipi dan masakan hari ini. 


Saya hari ini ingin kongsikan lauk yang mudah dan sedap iaitu sambal ikan selar. Dulu saya panggil goreng berado tapi biasanya kalau goreng berlado, kita akan menggunakan cili hidup. Jadi kali ini, saya tukar jadi ikan selar sambal. Ikan lain juga boleh buat tapi kalau menggunakan ikan selar lebih sedap. Itu pada selera saya. 

Kalau masak lauk ini, pastinya seekor ikan boleh habis dengan meratah ratah sahaja. Hahaha serious tak tipu. Haa tak caya, cuba buat sendiri di rumah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Ikan Selar Sambal

Bahan bahan:
4 - 5 ekor ikan selar - kelar & lumur garam kunyit
2 biji bawang besar - hiris
20 tangkai cili kering - 3 sudu besar cili kisar
½ helai daun kunyit
1 asam keping
1 sudu kecil garam 
1 sudu besar gula
½ cawan minyak masak

Bahan kisar:
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih 

Cara cara:
Goreng ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.


Panaskan minyak mengikut jumlah yang sesuai supaya sambal masak sempurna. Tumis bawang besar hiris sehingga layu, masukkan cili kering yang dikisar bersama bawang.

Tumis sehingga cili masak dan terbit minyak. Masukkan daun kunyit yang dicarik carik.


Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Sesuaikan rasa dan tutup api. 


Masukkan ikan dan gaul rata dengan sambal. Sedia untuk dihidangkan.




Catat Ulasan for "Ikan Selar Sambal Yang Pasti Makan Menambah Nambah"