Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cekodok Pisang



Sekejap jer rasanya kita dah berada di penghujung tahun 2022. Bermakna dah hampir 3 tahun saya telah menjadi pesara Yang Bersara. Sepanjang itu juga, saya banyak berada di rumah sahaja kerana kes Covid yang masih tinggi. 

Alhamdulillah sekarang kita telah pun boleh berjalan dan bercuti seperti biasa. Insya Allah jika ada rezeki, banyak tempat yang ingin saya lawati. Tempat tempat yang dirancang dulu untuk pergi selepas bersara. Tapi tak dapat pergi kerana pandemik Covid 19 yang melanda dunia. 

Sebenarnya dah usia persaraan ini, tak kisah pun bercuti di mana asal bersama dengan famili atau sahabat sahabat. Baru terasa kemeriahannya. Tak ada dah rasa nak pergi bercuti berdua walaupun ramai yang tulis mereka suka habiskan masa bercuti berdua dengan pasangan. Anda bagaimana? Hahaha cer komen sikit di bawah. OK sekarang kita masuk pula bab masakan. 


Saya suka menyediakan kuih jemput pisang aka cekodok pisang bila petang petang sebagai hidangan petang untuk husband dan anak anak makan sebaik balik dari pejabat. 

Pertama, kerana ianya sangat mudah dan cepat. Ada 5 biji pisang pun dah boleh buat. Maklumlah kalau nak beli mahal dan tak sedap. Saya tak suka cekodok yang banyak diletakkan serbuk penaik. Teksturnya dah jadi macam kek pisang. 

Keduanya, kerana cekodok pisang sangat sedap dan disukai oleh anak anak. Sesuai untuk hidangan sarapan dan juga minum petang. Bila anak anak suka, rajinlah sikit untuk saya menyediakannya. 

Tapi macam mana mudah pun untuk menyediakan cekodok pisang, kadang kadang tak menjadi dengan sedap. Jadi saya pun banyak juga belajar dari orang lain. Ada pelbagai versi sebenarnya. Ada kala saya masukkan sedikit baking powder. Adakalanya kosong jer. Semuanya ikut gerak hati masa tu. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….


Cekodok Pisang 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 cawan pisang berangan lenyek
½ cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang

Cara cara:
Panaskan minyak dan basahkan jari jari. Jemput adunan ke dalam kuali. 


Dengan menggunakan senduk, tekan tekan supaya kuih menjadi bulat. 


Balik balikkan sehingga bewarna keperangan. Angkat dan tos.


Catat Ulasan for "Cekodok Pisang "