Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tempe Goreng



Saya sungguh tak faham, berpuluh tahun saya menulis bab ilmu yang saya pelajari di blog, facebook page atau Instagram saya. Tak perlu jadi agamawan untuk berpesan pada jalan kebaikan asal jangan pesan ajaran sesat. 

Bab bohong saya diajar dari kecil supaya jangan berbohong. Berbohong itu berdosa. Jika kita berbohong, kita berdosa pada orang yang kita bohongi. Dosa dengan manusia perlu minta maaf dengan manusia. Itukan pesanan biasa yang kita sebagai ibubapa patut juga pesan pada yang sama. Bila pesan, tak boleh sekali kena sentiasa kerana manusia mudah leka dan lalai. Kadang kadang pesanan itu sebagai peringatan untuk saya sendiri pun.

Haa ramai lah manusia yang tak boleh terima. Agaknya depa makan cili, itu yang terasa pedas. Siap cakap nak unfollow facebook saya. Aduhaai kalau semuanya kita bergantung dengan Allah kenapa saya nak takut kalau orang nak unfollow saya. Allah penentu segalanya. 

Saya menulis begitu kerana kebelakangan ini ramai orang yang secara terang terangan berbohong. Terutamanya orang politik yang paling banyak bohong. Orang yang suka bercakap bohong adalah orang munafik. Tak kira lah dia pemimpin besar ke, perdana menteri ke, orang biasa ke. 

Walaupun berbohong adalah perbuatan yang berdosa yang saya rasa semua orang tahu, tapi orang tidak lagi takut dan malu untuk berdosa di khalayak ramai. Tak takut berdosa pada sesama manusia yang dibohongi. 

Zaman sekarang, bukan sahaja berbohong dengan orang secara berdepan tapi pada ramai manusia yang baca pembohongan di media social dan sebagainya. 

Serious saya sangat risau. Bukan nak kata saya baik sangat. Tapi saya diajar dengan akhlak ini sejak kecil oleh ibubapa dan ustaz dan ustazah yang mengajar dari sekolah rendah lagi. OK cukup dulu, sekarang masuk sikit bab resipi. 


Hari ini saya nak kongsikan satu lagi resipi harian yang mudah tapi kegemaran anak anak saya iaitu sambal tempe goreng yang agak agak kering. 

Resipi ini saya belajar dari Bibik saya yang berasal dari Lombok. Dia makan makanan dan lauk yang banyak berasaskan sayuran sahaja. Dia kadang minta dibelikan sayur kerana bila lauk sayur dia akan makan banyak dan menambah tapi kalau lauk ikan ayam, dia tak berselera makan.

Serious, sedap tempe goreng ini dimakan dengan nasi atau dimakan dengan roti. Sangat sedap. Jika anda hendak hendak mencuba, silakan. Mudah dan sangat cepat menyediakannya.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…


Sambal Tempe Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 keping tempe
5-6 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - tumbuk 
1 sudu besar cili kering kisar
Garam
Gula

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga garing. Angkat dan tos. Ketepikan. 

Masukkan bawang merah hiris dan goreng sehingga keperangan. Masukkan bawang putih. Kacau rata.

Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing. Masukkan garam dan gula secukupnya.

Masukkan tempe dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.


Catat Ulasan for "Sambal Tempe Goreng "