Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Cili Padi Sardin dan Pembukaan Semula Rissmart Container Cafe


Semalam saya membantu sahabat saya untuk merasmikan pembukaan dengan penjenamaan semula Rissmart Container Cafe di perkarangan bangunan Risda Negeri Selangor, seksyen 9 Shah Alam. 

Semalam mereka menghidangkan ikan patin masak tempoyak, ikan patin berlado, roasted chicken, kangkung belacan dll. Semuanya sedap sedap. Saya sempat menitip pesanan supaya peniaga mengekalkan kualiti dan keenakan masakan serta menjaga kebersihan premis gerai. 


Banyak kali juga bila saya ke Shah Alam sebelah malam dan mencari tempat makan, memang agak sukar terutama nak mencari nasi putih dengan lauk. Yang ada hanyalah masakan panas atau masakan nasi Arab. Jadi pembukaan semula Rissmart Container Cafe ini memberi pilihan kepada warga Shah Alam khususnya bila ingin menjamu selera di sebelah malam.

Ayuh semua jom singgah makan di sini dan war warkan kepada kawan kawan di media social masing masing. Bantu anak anak muda yang gigih berniaga demi mencari rezeki dari perniagaan.  


Saya memang penggemar ikan sardin. Masa saya di London, lebih 10 tahun lalu ada seorang kawan yang berasal dari Negeri Sembilan yang memang terkenal dengan masakan pedas menggunakan cili api telah memberikan saya resipi sambal cili padi sardin. 

Sejak itu, saya banyak kali menyediakan sambal cili padi sardin untuk dimakan dengan nasi putih atau roti. Sangat sedap. Buat ala ala Sandwich pun sedap untuk lebihan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaanya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Sardin Sambal Cili Padi Sardin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ tin sardin
2 biji ubi kentang - poting wedge
1 biji bawang besar - hiri
½ sudu kecil pes asam jaw
Garam

Bahan kisar kasar:
3 genggam cili padi - saya guna 1 genggam sahaja
2 biji bawang besar
4 ulas bawang puti
1 inci halia

Cara cara:
Asingkan ikan sardin dan sos. Panaskan minyak dan goreng ubi kentang sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.


Dalam masa sama, panaskan minyak dan goreng ikan sardin. Terbalikkan kedua dua belah. Angkat dan ketepikan.


Menggunakan kuali menggoreng kentang, tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan sos sardin, pes asam jawa dan garam. Masukkan air, jika perlu.


Masukkan ubi kentang goreng dan kacau rata sehingga masak sepenuhnya.

Akhir sekali, masukkan ikan sardin goreng dan bawang besar hiris. Kacau rata dan tutup api.


1 ulasan for "Sambal Cili Padi Sardin dan Pembukaan Semula Rissmart Container Cafe "