Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Daun Limau Purut Sedap



Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik untuk kita semua. Semoga kita diberikan ilham dan hidayah oleh Allah dalam apa juga tindakan yang akan kita ambil. Bergantung lah hanya pada Allah dari sekecil kecilnya. Hatta para sahabat, nak minta garam pun mohon dari Allah. Jadi apa lagi kita.

Mohon Allah lindungi kita dari pemimpin yang boleh mendatangkan mudarat pada rakyat dan pada agama. Mohon dilindungi negara kita dari angkara dan kejahatan pemimpin yang berakhlak tidak baik dan tidak amanah. 

Sesungguhnya setiap perbuatan kita semasa di dunia akan menyebabkan penyesalan di akhirat kelak. Lebih lebih lagi pemimpin yang diberi amanah. Kemudian amanah dikhianati. Jangan dan elakkan diri dari sebarang bentuk kemungkaran kerana hidup di dunia adalah sementara. Dunia akhirat yang abadi yang kita akan kekal selamanya. Aamin. 


Saya hari ini menggunakan kuali baru non stick dari Vantage dengan saiz 36 cm. Memang puas hati bila menggoreng mee hoon 1 pek dapat dikacau rata tanpa tertumpah keluar dari kuali seperti kebiasaannya.

Saya memang syorkan agar anda membeli kuali ini. Setiap rumah harus ada kuali besar non stick ini. Harga pun sangat sangat berpatutan, ringan dan mudah diangkat. Yang pasti ianya tidak melekat. Haa apa lagi, dapatkan set anda sekarang juga. Boleh klik di SINI, jika berminat untuk membelinya. 


Mee hoon goreng daun limau purut ini memang kegemaran kami sekeluarga. Jika suka, boleh dilebihkan lagi daun limau purut saya rasa dan aromanya lebih kuat. 

Yang paling saya suka kerana bahan bahannya sangat simple, menyediakannya sangat mudah dan yang penting, rasanya sangat wooowwww gitu. Saya sendiri boleh makan menambah nambah kalau mee hoon ini. Memang tak rasa muak pun. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa juga video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba..... 


Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut

Bahan bahan:
1 paket mee hoon
Udang secukupnya - buang kulit
1 mangkuk karot
3 biji telur
1 sudu besar garam 
½ cawan minyak 

Bahan kisar:
2 biji bawang besar - 200-250 gram
3 biji cili hijau (2 cili padi, jika mahu pedas)
2 biji cili merah
18 helai daun limau purut - buang tulang

Bahan hiasan:
Daun bawang
Bawang goreng

Cara cara:
Mee hoon direndam dengam air sejuk dalam 20-30 minit. Tos dan ketepikan.

Kisar cili dan bawang besar sehingga hancur. Kemudian baru dimasukkan daun limau purut. Jangan terlalu hancur.

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.

Masukkan udang dan karot. Kacau rata.

Masukkan mee hoon dan garam. Kacau rata.

Ketepikan mee hoon dan masukkan telur. Biarkan telur separuh masak, baru digaul rata dengan mee hoon.

Masak sehingga mee hoon terbit minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Tabur daun bawang dan bawang goreng.




Catat Ulasan for "Mee Hoon Daun Limau Purut Sedap"