Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kacang Buncis Goreng Dengan Hempedal



Sejak bersara ini, saya rasa macam tidak banyak makan, konon konon tak berselera tapi yang hairannya, berat badan makin meningkat terutama di bahagian perut. Aduhaai ada jer anak anak belikan threadmill untuk exercise kalau malas nak keluar briskwalk di tepi tasik depan rumah.

Jadi bila dah badan naik, baju pun banyak yang dah mulai tak muat. Dah bersara ni, malas nak beli baju baru macam dulu dulu. Makanya saya keluarkan dan hantar untuk alteration. Baju saya banyak yang saya pakai 1 kali sahaja dan terus simpan terutama baju yang dipakai semasa majlis perkahwinan anak. Baju macam ni tak sesuai dipakai ke majlis orang melainkan majlis yang kita hos sendiri kerana sarat dengan manik dan batu kristal.  

Ada juga baju yang dah dijahit bertahun tahun tapi tak pernah sekali pun dipakai tapi dah tak muat. Baju baju ni kalau tak di alter, memang membazir kerana anak anak sekarang tak suka baju baju saya. Nasib baik designer saya masih sudi untuk menerima baju saya untuk alteration.

Semua baju baju saya dijahit kurung moden sahaja kerana saya tak mahu ianya ketinggalan fesyen. Kurung moden sentiasa sesuai di sepanjang zaman. Jadi kalau nak beli kain di masa hadapan, cari kain corak biasa sahaja yang tidak ada sarat dengan manik. Jadi sesuai dipakai ke mana sahaja. Haa itulah catatan saya hari ini bab pakaian. 


Saya sebenarnya baru jer kenal kacang buncis. Dulu dulu dari kecil hanya kenal kacang panjang kerana ibubapa ada menanam kacang panjang di tanah kosong dekat rumah kami. 

Setelah kenal kacang buncis, baru tahu yang kacang buncis sangat sedap dan manis rasanya. Pilih kacang buncis yang segar, sangat sedap dengan ada aroma tersendiri gitu.

Jom layan resipi dan cara penyediaanya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Kacang Buncis Goreng dengan Hempedal Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 bungkus kacang buncis - potong serong
Hati dan mempedal ayam - rebus seketika
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu kecil serbuk perasa
Garam

Bahan hiris:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 - 3 inci halia muda - hiris nipis
1 tangkai cili merah - hiris
1 tangkai cili hijau - hiris

Cara-cara:
Hati dan mempedal ayam direbus seketika dan dilumur dengan garam kunyit. Panaskan minyak dan goreng hati tadi. Angkat dan tos.

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah dan akhir sekali halia muda sehingga wangi. Nota: Lagi banyak halia muda, lagi sedap rasanya.

Masukkan kacang buncis dan sos tiram serta kicap lemak manis. Kacau rata.

Masukkan sedikit air sekadar untuk melembutkan kacang. Masukkan hati yang telah digoreng tadi. Kacau rata.

Akhir sekali, masukkan serbuk perasa dan cili hiris. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Catat Ulasan for "Kacang Buncis Goreng Dengan Hempedal"