Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Kicap Paling Sempoi Dan Sedap



Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca setia blog saya yang tidak jemu jemu memberi sokongan kepada saya. Dari data dan statistik blog, saya tahu ada 500-600 orang yang sangat supporting. Mereka tidak lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya setiap hari. Alhamdulillah. Saya sangat menghargainya. 

Sebelum masuk bab resipi, saya ingin kongsikan satu petikan dari video Ustaz Mat Esa Deraman yang merupakan ustaz faveret saya. Saya suka penyampaian ustaz yang sangat padu dengan bahasa yang mudah difahami. 

Kali ini bab akidah pergantungan kepada Allah. Tidak ada seorang hamba ketika sakaratul maut iaitu ketika hampir mati, pertama mengharapkan Allah dan kedua takutkan dosa dan bimbang melainkan Allah berikan apa yang diharapkan dan mengamankan apa yang ditakuti. Iaitu masuk syurga. 

Jangan berharapkan manusia kerana Allah jadikan harapannya sia sia. Isteri yang mengharap suami membahagiakan nya akan sia sia kerana suami yang diharapkan akan membinasakan hidupnya. Kalau anak anak harapkan ibubapa, maka ianya akan membinasakan. Jangan harapkan pekerjaan, jangan bersandar selain dari ku kerana Aku akan hancurkan dan binasakan sandaran orang itu. Bergantung hanya pada Allah. 

Hanya Allah yang kita bergantung. Kalau kereta kita rosak di malam yang gelap, dengan siapa kita bergantung. Mohon hanya dengan Allah. Bukan mengharapkan manusia. 

Manusia hanya sebab sahaja. Sampai masa manusia akan mati. Manusia akan lemah, akan pergi dan tak akan mampu tolong kita. Atau mungkin dia akan off hp kerana tak mahu lagi tolong kita. Minta dengan Allah. Mohon dengan YB tapi yang baginya ialah Allah. Jadi minta dengan Allah. Allah yang akan gerakkan hati YB atau orang yang bertanggungjawab untuk bagi permohonan kita. 

Manusia adalah sebab musabab sahaja tapi dapat dari Allah. Akidah ini lah yang perlu ditanam pada diri kita, pada anak kita. Kita akan dapati bilamana Allah uji mereka dengan sebab tertentu mereka tak akan putus harap dengan Allah. Contoh anak jauh dari ibubapa kena buli, mereka akan berdoa minta perlindungan dengan Allah. Akidah perlu kuat. Semua benda sekecil mana sekali pun, yang berinya adalah Allah. 

Jangan bila orang dah tak bagi, bila penyakit dah tak sembuh, baru nampak Allah, baru memohon pada Allah. Para sahabat minta garam pun pun minta dengan Allah. Soal keyakinan semuanya datang dari Allah. 

Sebagainana kita yakin hujan diturunkan Allah dan dilangit itu rezeki kamu. Apa yang Allah janjikan dari langit. Tak ada orang kata hujan ni diturunkan oleh hypermarket ni. Tak nampak campurtangan manusia bila turunnya hujan. 

Demikian rezeki kita di bumi tak ada campurtangan manusia. Yang beri rezeki adalah Allah bukan manusia. Kalau ada yang ancam dan ugut kita, kita pun tak kisah. Inilah jiwa merdeka yang harus dimiliki hamba Allah. Kita tak takut diugut bila pergantungan kita semuanya pada Allah. Ok setakat ini dahulu semoga bermanafaat.


Ada banyak versi ayam masak kicap ni. Banyak sangat. Kita sebagai ibu boleh cuba semua dan tengok yang mana paling disukai oleh anak anak. Dalam blog saya ni banyak versi ayam masak kicap. Boleh klik di ruangan search dalam blog saya, akan keluar bermacam versi. 

Kalau dah blogger masakan kan, mesti lah akan mencuba pelbagai versi. Jadi jangan lupa untuk klik follow blog untuk subscribe blog saya supaya anda akan mendapat notifikasi setiap kali saya update blog dengan entri resipi terbaharu.

Untuk masak kicap yang sedap, saya ada baca petua supaya jangan dimasukkan air supaya terasa keenakan kicapnya. Pekat melekat gitu. 
 
Versi ayam masak kicap kali ini adalah versi paling simple dan sempoi gitu. Tapi rasanya sedap bangat tau. Nak tahu macam mana sedap, kenalah cuba sendiri. 

Jom layan resipi dan cara penyediaanya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Ayam Masak Kicap Sempoi Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
1 kg ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cukup rasa

Bahan B:
1 sudu besar cili kisar
Kicap lemak manis - ikut pekat dan warna gelap disukai
2 kulit kayu manis

Bahan C: kisar halus
4 inci halia
4 ulas bawang putih
3 biji bawang besar - saiz sederhana 

Bahan D: hiasan
1 biji bawang besar Holland - hiris
1 biji cili merah - hiris
Daun sup

Cara cara:
Lumur serbuk secukup rasa dengan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam. Masukkan ayam kesemua sekali ke dalam kuali. Kacau dan balikkan rata. Goreng dalam ¾ masak. Angkat dan ketepikan.


Bahan kisar halus dikisar dengan air sekadar blender boleh bergerak.

Buang sedikit minyak lebihan menggoreng ayam. Masukkan kulit kayu manis dan bahan kisar sehingga air kering. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak. 

\Masukkan ayam goreng dan kicap. Kacau rata sehingga ayam masak sepenuhnya.

Masukkan bahan hiasan. Kacau rata. 


Boleh sesuaikan rasa. Jika tak cukup masin, boleh tambah kicap.


Nota:
Jangan tambah air.

Jumlah kicap bergantung pada rasa dan warna hitam yang disukai.



Catat Ulasan for "Ayam Masak Kicap Paling Sempoi Dan Sedap"