Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Apam Bakar Kelantan



Ramai kawan kawan mengusik saya katanya saya ni dah macam orang berkempen PRU bila melihat gambar saya tengah berucap dengan berlatarbelakangkan poster dengan gambar saya. Sekadar usik mengusik. Gambar itu diambil semasa saya dijemput merasmikan pembukaan semula Rissmart Container Cafe di Seksyen 9 Risda Selangor Shah Alam.

PRU 15 kali ini adalah yang pertama untuk saya mengundi di sini. Dalam PRU sebelum sebelum ini, saya balik mengundi di kampung halaman saya di Kelantan. Calon PRU samada Parlimen atau DUN semuanya Melayu tinggal berbeza parti sahaja.

Kali ini saya dan keluarga seramai 6 orang akan mengundi untuk Parlimen P107 Sg Buloh. Rasa macam sejarah untuk diri saya sendiri bila akan mengundi di tempat baru dan suasana baru dengan komposisi calon dan parti baru. Kalau dulu semua calon Melayu kali ini ada calon bukan Melayu.

Saya belum tahu lagi siapa yang saya nak undi. Yang pasti saya sebagai warganegara akan keluar mengundi. Sedih tengok ada orang Melayu yang "educated" di bandar tak pernah keluar mengundi. Rasa macam low class ke keluar mengundi ni? Tak pasti lah apa ada dalam fikiran orang macam ni. 

Bila nak memilih calon bagi mewakili kita, pilihlah calon yang bersih. Kalau pun tak ada yang bersih, pilih yang kurang kotornya, kurang mudaratnya. Jangan perjudikan masa depan dengan mengikut emosi. Sebaliknya ikut pertimbangan yang bijaksana. Jangan taksub dengan seseorang tanpa sebab.

Jangan pilih calon yang terang terangan ada kes rasuah, yang ada kes mahkamah, yang ada kes melibatkan akhlak. Walaupun calon tersebut mungkin dibebaskan atau didapati tidak bersalah, fikirkan sendiri dengan melihat kes kes mahkamah mereka. Menang kalah adalah perkara teknikal sahaja. Jika peguambela berjaya timbulkan keraguan, maka terlepas. Tapi tidak bermakna ianya tidak berlaku.

Saya percaya setiap perbuatan kita akan ditanggungjawabkan di akhirat kelak. Jangan kita mendapat dosa kerana tersalah mengundi calon yang berakhlak rosak dan tidak bermoral. Apa lagi yang terang terangan dibicarakan atas kes kes jenayah. Setakat ini dahulu. Jangan ada nak kecam kecam. Jangan ikut emosi tapi guna akal dan pertimbangan dan berdoa agar Allah ilhamkan kita untuk membuat perkara yang baik baik.


Kuih apam bakar Kelantan ini adalah salah satu antara kuih Kelantan yang saya suka. Kalau bersarapan, nampak ada kuih ni, memang macam mesti nak ambil. Sedap dengan rasanya yang ada rasa halia, ada rasa bawang, ada rasa tapai, lada hitam. 

Pelbagai rasa gitu ada dalam apam ni. Makan pula dengan kelapa parut yang lemak lemak masin kerana digaul dengan garam, memang sedap sangat sangat.

Saya buat separuh adunan sahaja seperti sukatan di sebelah kanan setiap bahan. Pun dapat banyak biji juga. Makan sebiji pun dah kekenyangan. Jadi kalau tak ramai yang nak makan, buat separuh adunan macam saya buat pun, dah cukup.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….


Apam Bakar Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A: kisar
4 biji pisang berangan - 2 biji
1 cawan tapai ubi kayu - ½ cawan
2 biji bawang merah - 1 biji
1 inci halia - ½ inci
200 ml air - 100 ml

Bahan B:
3 cawan tepung beras - 1 ½ cawan
¾ cawan gula - ¼ cawan + 1 sudu besar
1 sudu kecil lada hitam tumbuk halus - ½ sudu kecil
1 sudu besar yis - ½ sudu besar

Cara cara:
Selepas kisar ke semua bahan A, masukkan bahan B. Kisar rata. Perap adunan selama 1 jam.


Oles kuali dengan sedikit minyak. Bakar atas kuali seperti lempeng sehingga sedikit garing. Terbalikkan.


Hidangkan bersama dgn kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.


Catat Ulasan for "Apam Bakar Kelantan"