Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sira Pisang Nipah



Seperti dijangkakan, parlimen akhirnya dibubar pada 10 Oktober 2022. Walaupun apa yang disuarakan ramai, tetap parlimen dibubar. Rakyat mengharapkan ianya tidak berlaku atas alasan ada negeri negeri yang sedang dan akan dilanda banjir tapi harapan tinggal harapan. Miracle yang diharapkan berlaku, tidak berlaku. 

PRU kali ini adalah yang pertama untuk saya mengundi di sini. Kebiasaannya saya balik mengundi di kampung halaman dengan harapan dapat menyumbang ke arah perubahan dan pembangunan di negeri kelahiran saya. Tapi nampak gayanya, tidak akan ada perubahan politik di sana sampai bila bila pun. Lalu saya membuat keputusan menukar tempat mengundi. 

Saya tak tahu kalau ramai yang macam saya. Jadi pening dengan politik sekarang. Banyak sangat kes kes rasuah oleh pihak berkuasa. Dah tak tahu kalau masa PRU nanti nak undi gabungan mana. Kadang kadang rasa pelik, bila orang masih menyokong pemimpin yang rakus dengan kuasa dan kewangan dek ketaksuban. Pemimpin ini juga tidak mempedulikan masalah dan jeritan rakyat yang kesusahan dan kelaparan. 

Bercerita pengalaman sendiri di kampung saya yang mengalami masalah air sekian lama. Sejak berpindah ke rumah baru setelah tapak rumah kami diambil kerajaan untuk pembinaan universiti, kami mengalami masalah air bila air telaga tidak jernih dan berbau. Rumah kami sebelum ini, memang 100% menggunakan air telaga yang jernih dan sejuk. Malahan kami minum begitu sahaja bila dah terlalu dahaga.

Jadi kali pertama menggunakan air paip kerajaan, sejak tahun 1984. Air hanya ada pagi dan terputus bila menjelang tengahari. Begitulah rutin setiap hari, iaitu menyimpan air dalam baldi untuk kegunaan membasuh baju. 

Jadi itulah sebab saya ketika itu, saya berazam untuk tidak menukar tempat mengundi agar ada perubahan pada pihak pemerintah yang lebih prihatin dengan masalah yang rakyat hadapi. Hahaha tak pastilah kalau berbelit belit tulisan saya pagi ini. OK setakat ini dahulu. Semoga Allah memberikan petunjuk kepada kita supaya tidak mendekati atau bersubahat menyokong orang yang melakukan perbuatan kemungkaran.


Saya ingin kongsikan salah satu dari kuih muih Kelantan yang sangat saya gemari terutama di bulan Ramadhan. Sedap dimakan sejuk sejuk sebaik keluar dari peti ais. Wallaa sedap. 

Nampak mudah jer buat ni tapi kalau kita tak belajar cara membuatnya, tak menjadi. Pisang masih keras atau kuahnya terlalu cair. Nama pun sira, jadi kuahnya mesti pekat melekit sedikit. Jadi apa pun seeloknya belajar dulu sebelum membuatnya. Belajar cara cara sebetulnya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa melihat video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Sira Pisang Nipah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
300 ml air
8 sudu besar gula - ikut manis disukai
½ sudu kecil garam
2 helai daun pandan
3 tangkai bunga cengkih

Cara cara:
Satukan semua bahan kecuali pisang. Masak sehingga mendidih. Masukkan pisang dan biarkan sehingga pisang lembut.



Setelah kuahnya sedikit pekat bolehlah tutup api. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais kerana sedap dimakan sejuk sejuk. 


1 ulasan for "Sira Pisang Nipah"