Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sayur Taugeh Goreng Daun Kucai



Saya pasti kita semua pasti ada terbaca amaran akan berlakunya resesi di mana kita semua perlu berhemah dalam berbelanja dan patut menpunyai sekurang kurangnya 12 bulan gaji sebagai simpanan.

Secara idealnya, kita perlu mengenepikan beberapa peratus dari gaji bulanan untuk simpanan bagi tujuan kecemasan. Tapi ianya sukar untuk dilaksanakan, lebih lebih lagi saat kita baru membina keluarga. 

Jadi kalau tak dapat banyak pun, kita perlu menpunyai simpanan sendiri. Saya memang simpati melihat orang yang kehabisan beras dan tiada menpunyai wang untuk membelinya. Ada pula yang menulis meminta bantuan susu dan pampers. 

Cuma saya melihat cucu cucu saya membesar dengan susu ibu sahaja sehingga berumur 2 tahun. Betapa Allah Maha Berkuasa, anak anak dilahirkan dengan didatangkan sekali air susu untuk mereka membesar. 

Jadi kena berusaha untuk menyusukan anak. Dengan teknik yang betul, susu akan banyak dan cukup untuk anak anak. Saya masa anak anak masih kecil tidak menggunakan pampers pakai buang kecuali ketika keluar. Saya hanya menggunakan kain lampin yang dibasuh. Jadi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kenalah belajar untuk berjimat di mana yang perlu. Sekarang kita masuk pula bab resipi.


Sayur ini adalah antara lauk sayuran pertama yang saya belajar selepas berkahwin. Saya belajar dari kakak ipar. Masih ingat lagi, saya makan meratah ratah sayur taugeh goreng ini. 

Nak bagi rangup, jangan masukkan air dan goreng terlalu lama kerana taugeh akan menjadi terlebih masak. Selepas ditutup api pun, sayur akan terus lembut kerana masih panas. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Sayur Taugeh Goreng Daun Kucai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk taugeh
4-5 ekor udang 
Daun kucai
1 biji cili merah - hiris

Bahan hiris:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga sedikit keperangan. 

Masukkan udang dan kacau rata sehingga udang hampir masak. 

Masukkan taugeh dan daun kucai. Kacau rata. 

Masukkan cili merah dan kicap manis secukupnya. Kacau rata dan tutup api. 



Nota:
Jika ada tauhu, boleh potong dan digoreng. 

Catat Ulasan for "Sayur Taugeh Goreng Daun Kucai"