Nasi Goreng Untuk Ammar Yahya
Selama beberapa bulan ini, Nana akan tinggal di rumah kami bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian pada peperiksaan yang beliau akan duduki tidak lama lagi.
Kali pertama saya bantu mengasuh cucu. Cucu cucu saya sebelum ini lahir ketika saya masih bekerja. Kali ini, saya telah bersara jadi saya ambil peluang untuk merasai keseronokannya menjaga anak kecil. Memberi Aliya minum dan bermain main dengan dia. Yang pasti, saya ada bibik yang menguruskan Aliya mandi, tukar pampers dsb.
Sejak ada Aliya, saya dah rasa malas nak keluar rumah walaupun sekejap. Rasa macam tak nak berjauhan dengan dia. Jadi peluang untuk berada sepanjang masa dengan Aliya selama beberapa bulan ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk bersama Aliya.
Untuk sarapan hari minggu lepas, saya sediakan nasi goreng yang tidak pedas untuk Ammar Yahya. Seperti saya mendidik anak anak, Nana juga begitu. Ammar akan makan apa sahaja yang kami masak dan makan, cuma dikurangkan sedikit pedas.
Saya tidak melayan dengan memasak pelbagai masakan mengikut selera anak anak. Hidup ini simple sahaja bukan hidup untuk makan. Saya tahu ada orang akan memasak ikut kegemaran anak anak.
Anak A suka mee, masak mee. Anak B suka mee hoon, masak juga mee hoon pada masa yang sama. Oh tidak tidak, saya tidak akan didik anak saya seperti itu. Jika mereka tidak suka apa yang saya masak, mereka boleh masak sendiri atau order melalui grab. Hahaha.
Bercakap bab nasi goreng ini, saya suka pelbagaikan cara memasak nasi goreng. Seperti cara kita memasukkan telur samada dimasuk terus dalam nasi atau dimasak scramble secara berasingan, penggunaan cili kering atau cili padi, penggunaan ikan jeruk atau ikan bilis.
Untuk nasi goreng hari ini, saya menggunakan bilis dan sayur kangkung. Wallaa sedap sangat. Pendek kata kalau menggunakan ikan bilis, pasti nasi goreng akan menjadi lebih sedap.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...
Nasi Goreng Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk nasi
1 keping fish kek - opsyenal
Garam
Sayur kangkung
2 biji telur - kocak
Minyak
Bahan tumbuk kasar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar ikan bilis
Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan telur. Setelah separuh masak, dikacau untuk menjadi seperti scramble egg. Keluarkan dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi. Jika perlu, masukkan sedikit minyak.
Masukkan fish cake. Kacau rata.
Masukkan nasi dan sayur kangkung. Gaul rata.
Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan telur dan kacau rata. Setelah nasi kelihatan berasap, boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Catat Ulasan for "Nasi Goreng Untuk Ammar Yahya"
Add your comment