Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Makan Durian Di Kebun Segamat



Catatan perjalanan ke Segamat ini adalah yang telah lama tertangguh. Ianya adalah perjalanan kami bersama BFF alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya (ethica) untuk makan durian dalam bulan pertengahan September 2022. 

Kami bertolak pagi dari Shah Alam untuk ke kebun durian kepunyaan sahabat kami Haji Nasir dan isteri Dr Hajjah Sabariah yang terletak di belakang kawasan UiTM Segamat.

Kami 6 orang naik velfire besan kami Dato Setia Salehuddin, manakala Dato Wan Nazari dan isteri terus dari Terengganu dan Datuk Mohd Khairi dan isteri dari Johor. 


Sepanjang jalan ke Segamat kelihatan ramai sekali orang berjual durian dan kiri kanan jalan juga penuh dengan kebun durian. Waah Segamat dah boleh jadi bandar durian tidak lama lagi.  


Makan durian di kebun ni, seronoknya bila buah jatuh terus dibuka dan dimakan. Lagi pula, kita boleh pilih buah mana yang hendak dibuka kerana tahu buah mana dari pokok mana, rasanya macam mana dan warnanya juga. Kalau beli dengan peniaga, mereka tak tahu semua tu.  

Ada juga disediakan nasi lemak tapi bila dah pekena durian, memang kekenyangan sehingga semuanya berehat di kebun. Pastikan atas pokok tidak ada buah durian tau, nanti buang jatuh pulak. 



Ini adalah kunjungi saya kali kedua. Kali pertama, kami berempat bersama Tuan Shahrol dan Mariam pergi ke Segamat untuk makan durian. 



Dalam perjalanan balik, kami singgah di kampung Mariam di Simpang Ampat, Alor Gajah Melaka. Siap melawat taman bunga rumah beliau yang sangat luas dan hanya dijaga oleh abangnya seorang diri. 




Sebelum bertolak ke KL, kami sempat lagi singgah makan satay di bandar Tampin. Kata Mariam, lokasi tempat ini di Melaka tapi mereka bercakap nogori kerana lebih dekat dengan bandar Tampin.


Alhamdulillah dapat merasa makan durian di kebun kerana masa baru kawin dulu dapatlah merasa makan durian yang gugur di pokok durian belakang dan tepi rumah Bonda mertua. 

Pengalaman makan durian di kebun memang tak sama dengan durian yang dibeli. Walaupun kita mampu membeli durian dan makan puas puas di kedai tapi keseronokannya sangat berbeza. Lebih lebih lagi makan bersama sama dengan kawan kawan rapat.




1 ulasan for "Makan Durian Di Kebun Segamat"