Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cekodok aka Jemput Pisang Sedap Buat Sarapan



Sebelum memulakan catatan hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pembaca blog saya yang masih setia, yang setia juga untuk support saya dengan klik iklan yang keluar di blog. Semoga Allah sahaja membalas niat dan kebaikan anda semua. Aamiin.

Insya Allah saya berpuasa hari ini. Jadi bila Bibik mahu belajar membuat cekodok pisang, saya terus masuk ke dapur dan menunjukkan beliau cara cara menyediakannya. Alang alang dah buat dan sukat untuk mengajar Bibik, saya terus sekali merakam video. 

Dulu masa bekerja, saya menpunyai seorang rakan sekerja yang dah lama bekerja di jabatan kami. Saya amat kagum dengan beliau kerana setiap hari Isnin dan Khamis, dia akan berpuasa sunat secara istiqamah. Bukan sekali ada, sekali tak ada macam iklan chipsmore. 

Sedang saya pula walaupun jarang keluar makan tengahari, tiada kekuatan untuk berpuasa seperti dia. Namun saya berazam untuk amalkan berpuasa sunat satu hari nanti. Alhamdulillah, saya kini menjadikan puasa sunat hari Isnin dan Khamis sebagai amalan. Doakan agar saya dapat istiqomah. 


Saya hari ini menggunakan pisang berangan kerana itu jer pisang yang Juita beli. Sejak Aween berangkat ke UK, dah lama rumah ini tak ada stock pisang. Kalau dulu, memang Aween akan beli setiap kali habis stock. 

Menyediakan jemput pisang atau cekodok ni, tak ada suatu yang tetap semuanya ikut citarasa, jika suka besar, buatlah besar. Jika rajin, buat saiz kecil kecil untuk sekali masuk mulut. 

Nama pun jemput pisang, jadi kaedah ialah menjemput menggunakan jari jari yang dibasahkan. Tapi kalau nak guna sudu pun boleh juga. Hari ini saya menggunakan sedikit baking powder. Biasanya saya tak letak pun. Itu lah memasak ni, ikut jer gerak hati kita. 

Jom layan resipi yang saya gunakan hari ini. Saya sukat bagi membantu Bibik saya. Jangan lupa melihat video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba..... 


Cekodok aka Jemput Pisang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-Bahan:
3 biji pisang berangan - 150 gram
¼ cawan tepung gandum 
Sedikit garam 
½ - 1 sudu besar gula
Sedikit baking powder

Cara-cara
Lenyek pisang sehingga hancur dan tidak berketul. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Boleh rasa dulu sebab ada pisang kurang manis, perlu lebih gula.

Masukkan serbuk penaik. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Jika adunan masih lembik, tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan yang disukai.


Jemput adunan agak agak saiz satu mulut (bite size) menggunakan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas.

Goreng dan kacau dengan belakang sudip dengan cara membalik-balikkan cekodok supaya menjadi bulat. Goreng sehingga bahagian luar perang dan rangup.


Angkat dan tos atas tuala dapur atau biarkan atas penapis seketika. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Saya suka menggunakan pisang emas tapi sebab tiada stock, boleh juga guna pisang berangan. 



Catat Ulasan for "Cekodok aka Jemput Pisang Sedap Buat Sarapan"