Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Selamat Berangkat Ke United Kingdom, Aween


Alhamdulillah saya bersyukur kerana di saat saya menulis ini Aween telah selamat tiba di United Kingdom bagi memulakan pengajian professional dalam bidang Perakaunan. Beliau juga telah sampai di rumah penginapan universiti yang pada saya cukup untuk keselesaan sebagai seorang pelajar.

Aween menpunyai kelulusan Ijazah Perakaunan dengan Kepujian Kelas Pertama dan telah menamatkan program internship di Price Waterhouse Coopers. Saya pernah berjanji untuk menghantar Aween mengikuti kursus professional di UK sebaik beliau menamatkan pengajian A Level beliau lagi. 

Tapi memikirkan perbelanjaan yang tinggi, saya berjanji untuk beliau ke UK selepas ijazah. Maklumlah saya hanyalah penjawat awam sahaja. Bukan orang business yang kaya raya pun. Tapi demi masa depan anak anak, saya berusaha sebaik mungkin untuk memberikan mereka yang terbaik dalam akademik. 

Sebelum berangkat ke UK pada 5 September 2022, kami melayan sahaja apa sahaja cadangan Aween untuk makan makan di mana sahaja yang beliau sukai. Kami keluar makan malam bersama sama satu keluarga di Restoran Chilli's Crab kesukaan beliau. 


Sehari sebelum berangkat, kami keluar makan tengahari di Restoran Kampachi. Aween memang penggemar makanan Jepun. Walaupun tak semua free masa tu, kami pergi yang mana free sahaja. Bukan senang nak mengumpulkan semua orang pada hari minggu.





Kami bertolak sebelum pukul 6.00 ke KLIA tapi jalan jam sepanjang jalan. Kami tiba di sana sebelum Maghrib. Boy bertolak dari rumah di Shah Alam dan Nana bertolak selepas Ammar balik dari sekolah. 

Kebetulan hari itu, Nana baru melaporkan diri di Hospital Sultan Mizan dan menpunyai 3 operation yang perlu dibuat. Katanya kalau tak sempat, beliau tak dapat pergi ke airport. Alhamdulillah dia balik sebelum kami bertolak ke airport. 


Kami semua sangat sedih bila melihat Aween melambai tangan ke arah kami. Tidak dapat menahan rasa sebak. Tapi demi masa depan yang lebih baik, kami terpaksa melepaskan dia pergi. Kalau diikutkan Aween mungkin ingin bekerja di sana sebaik menamatkan pengajian. Juga saya merestuinya walaupun terpaksa berjauhan yang lebih lama.

Alhamdulillah kerana kesemua anak anak saya telah menamatkan pengajian ijazah masing masing. Nana juga menamatkan pengajian Master dan kini telah menjadi seorang doktor pakar.



Sebagai seorang ibu, itulah yang ingin dilihat supaya anak anak berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Hanya ilmu dan akademik yang mampu saya berikan sebagai bekalan. Kami tidak menpunyai harta untuk diwariskan.




1 ulasan for "Selamat Berangkat Ke United Kingdom, Aween"

  1. Alhamdulillah tahniah Aween & Dr Nana juga. Terinspirasi sy baca coretan Kak Azie. Mudah-mudahan ada rezeki anak4 sy juga berjaya cemerlang spt anak-anak Kak Azie.

    BalasPadam