Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Ayam Sedap Memasak Menggunakan Periuk Vantage


Alhamdulillah malam tadi, saya dan kawan kawan alumni telah selamat tiba di rumah masing masing selepas JJCM dengan menaiki ETS dari KL Sentral ke Butterworth. 

Sangat selesa dengan menaiki kelas business dan disediakan sekali makan, minuman panas, air minuman dalam botol dan juga snack seperti sandwich dan kekacang. 

Cuma makanan yang dihidang semalam iaitu nasi beriani dan ayam masak merah, memang tak sedap. Dalam hati saya terfikir, apa sebenarnya dalam fikiran tukang masak ketika memasak lauk ayam masak merah ini. Memang disengaja masak ala kadar tanpa ikut macam mana rasa sebenar ayam masak merah atau macam mana. 

Maklumlah ayam masak merah ini sangat popular di Malaysia terutama di majlis kahwin, jadi pastinya semua orang tahu macam mana rasanya ayam masak merah. Hahaha marah betul saya malam tadi.  

Kalau tak tahu memasak, tak perlulah memasak sebab walaupun free tapi tetap ianya dibayar sekali dalam harga tiket kan. OK lah setakat ini dahulu, kita masuk pula bab resipi. 

Haa hari ini saya tayangkan sekali, periuk yang saya gunakan untuk memasak ayam masak rendang. Sebenarnya saya dah lama tak memasak menggunakan periuk kerana lebih suka menggunakan kuali. Tapi untuk rendang hari ini, saya menggunakan periuk tahan lekat Vantage. Best sangat periuk ni kerana ianya ringan dan mudah dipegang dan diangkat walaupun dengan sebelah tangan.

Harganya pula sangat mampu milik. Untuk koleksi Dato Sri Siti Nurhaliza siri, terdapat 3 dalam 1. Saiz yang memang sesuai untuk digunakan dalam masakan seharian. Dapat pula, pelbagai free gift seperti apron, gloves, silikon handle dan silikon ladle. 

Haa jangan tak tahu Vantage juga menpunyai produk pinggan mangkuk porcelain yang sangat cantik dan tahan. Malahan kualitinya setanding dengan pinggan mangkuk porcelain luar negara tapi dengan harga yang jauh lebih rendah. 

Saya memang peminat pinggan mangkuk. Kesemuanya diimport dari luar negara. Tapi bila kali pertama melihat corak dan design pinggan mangkuk mereka, saya terus jatuh cinta. 

Satu lagi yang saya sangat terpikat ialah bahan yang digunakan adalah bahan yang halal. Bak kata owner Vantage, ini produk saya di mana ianya akan diwarisi oleh anak anak saya kelak. Jika ianya tidak berkualiti, bagaimana dengan masa depan business saya. 

Saya pernah melihat sendiri mereka membuat demo di mana dua pinggan dihempas dan berlanggar satu sama lain dengan kuat. Hmm tak ada apa apa pun. Tak ada pecah pun. 


Saya suka menyediakan rendang ayam kalau kehabisan idea apa yang nak dimasak. Pertama kerana ianya cukup senang dan bahan mudah. Kedua, kerana rasanya sedap dan menjadi kegemaran keluarga. Kalau tak ada ketupat lemang, makan dengan nasi putih biasa pun sedap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Rendang Ayam Mudah dan Cepat
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
½ kg santan
3 asam keping
2 sudu besar kerisik
1-2 helai daun kunyit - hiris halus
5 biji bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
Garam

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang mera
1 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai

Cara cara:
Masukkan semua sekali bahan kecuali kerisik dan daun kunyit ke dalam kuali.

Masak sehingga terbit minyak dan hampir kering. Masukkan kerisik dan daun kunyit.


Masak lagi sehingga kering yang disukai. Boleh sesuaikan rasa masam dan masin secukupnya. Tutup api.


Nota:
Boleh guna kelapa parut goreng untuk ganti kerisik jika suka rendang jenis kering untuk makan dengan ketupat.




Catat Ulasan for "Rendang Ayam Sedap Memasak Menggunakan Periuk Vantage"