Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Sayur Bayam Merah Membuat Nasi Bertambah Tambah



Sekarang ni banyak konten dalam media social terutama tiktok yang menyebut, saya berpendidikan nampak jer saya ni cokia cokia. Hahaha tersenyum jer saya mendengarnya. Ada kedengaran seperti sedikit macam tak nak kalah lah. 

Apa yang dimaksudkan sebagai berpendidikan? Saya mungkin salah. Tapi pada saya menpunyai pendidikan hatta menggenggam sekeping ijazah tidak lagi meletakkan seseorang sebagai berpendidikan atau ''educated". Orang yang berpendidikan, kita boleh tengok dari cara mereka membawa diri, cara mereka berinteraksi pun kita tahu tahap pendidikan dan ilmu mereka tanpa perlu ditunjukkan sijil akademik mereka.  

Berdasarkan pengalaman sendiri, pengajaran sampai ke peringkat universiti terutama di negara kita masih lagi berlandaskan akademik dan examination oriented.  Bila grad sahaja, kita tidak keluar sebagai seorang yang matang walaupun kita menpunyai ijazah. 

Apa yang membuatkan seseorang lebih matang? Pekerjaannya. Apa bidang yang diceburi, apa ilmu "kehidupan" yang dipelajari dalam skop pekerjaannya. Dalam bidang tugas, memerlukan seseorang berfikir, membuat cadangan, menyelesaikan masalah, dengan siapa kita berurusan setiap hari dsb. 

Saya sendiri pun bila tamat belajar dan mulai bekerja, terasa diri sangat naif dan tiada berkeyakinan, tiada pengetahuan isu semasa. Setelah bertahun tahun dan pangkat juga meningkat dari satu tangga ke satu tangga, baru saya mula berkeyakinan. Baru saya lebih yakin dalam menangani sebarang permasalahan di pejabat dan juga di rumah serta berhadapan dengan orang ramai. Berani mengambil risiko setelah membuat timbang tara. 

Jadi kalau sekadar menpunyai ijazah dan terus tidak bekerja, saya kuatir kalau anda sebenarnya boleh mengkategorikan anda sebagai seorang yang "berpendidikan" dalam konteks sebenarnya. Hatta orang yang selepas grad terus buat business online pun belum boleh dikategori sebagai "berpendidikan" tapi sebagai seorang yang memiliki ijazah sahaja. Itu pandangan peribadi saya. 

Anda bukan berpendidikan tapi anda menpunyai diploma atau ijazah kerana apa yang dipelajari di universiti tiada banyak berkaitan dengan dunia pekerjaan sebenar. Kecuali beberapa bidang seperti kedoktoran dan undang undang. OK cukup lah setakat ini, kalau tak setuju pun tak apa tapi cubalah renungkan.


Saya hari ini menyediakan masak lemak putih sayur bayam. Resipi biasa sahaja, cuma kali ini saya gandingkan sekali dengan tauhu dan tempe. Cuma kalau cara arwah Bonda di kampung dulu, kami menggunakan isi ikan rebus yang ditumbuk bersama bawang merah dan sedikit lada hitam. Kalau di sini, susah nak cari ikan rebus, bolehlah guna ikan bilis. 

Di rumah saya dulu dulu, memang setiap hari ada ikan rebus sebab rumah tak ada peti ais. Ikan bila beli banyak, akan direbus untuk digoreng dan dimasak gulai lemak atau dibuat kerabu. Sebelum tu nak tanya, cantik tak periuk Vantage saya? Suka sangat guna periuk ni sebab ringan walaupun bersaiz besar. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Masak Lemak Sayur Bayam Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ikat sayur bayam merah
1 biji cili merah - hiris
1 keping tauhu - potong 9
½ keping tempe
1 kotak santan kotak
Garam

Bahan tumbuk:
3 biji bawang mera
1-2 sudu besar ikan bilis

Cara cara:
Masukkan santan dan air secukupnya ke dalam periuk. Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga mendidih.

Akhir sekali masukkan bayam, cili merah dan garam. Kacau rata dan masak sehingga bayam hampir lembut. Terus tutup api supaya sayur tidak terlalu lembut.




1 ulasan for "Masak Lemak Sayur Bayam Merah Membuat Nasi Bertambah Tambah"

  1. tak pernah masak bayam merah dgn santan sebab takut kuah dia jadi pink...selalu bayam merah saya beningkan aje

    BalasPadam