Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jemput Jemput aka Cekodok Ikan Bilis Garing Di Luar Dan Lembut Di Dalam

Saya sebenarnya tak tahu kenapa terasa sangat marah dengan pihak kerajaan yang bila membuat sesuatu peraturan baru yang menyusahkan dan membebankan rakyat. Contoh terbaharu ialah pengambilan pembantu rumah yang sekarang ini, jika melalui agensi kita perlu membayar RM17-20 ribu. Mampu kah orang yang bergaji biasa untuk membayar sebanyak ini.

Kenapa jadi begitu? Kenapa jadi begitu, tak pasti. Tapi yang pasti untuk membuat permit juga, kos tinggi seperti bom. Sekarang majikan tak boleh membuat permit sendiri secara online seperti sebelum ini. Kini kena melalui agen. Bila melalui agen, kos perlu dibayar hampir RM10 ribu. 10 ribu ringgit OK, bukan 10 ribu rupiah. Adakah duit sebanyak ini untuk rakyat marhaen biasa? 

Kalau anak ramai, mereka juga tak mampu untuk membayar nurseri. Jadi apa peranan kerajaan dalam membantu rakyat untuk mendapatkan pembantu rumah dengan kos yang lebih berpatutan? 

Fikir fikirkan lah kerana setiap pemimpin yang gaji dibayar dari duit rakyat, ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Anda akan ditanya, pasti akan ditanya apa yang telah anda lakukan dengan amanah tersebut. OK setakat ini dahulu, semoga ada pihak yang berkenaan membaca atau mengambil berat perkara seperti ini.  

Jemput jemput aka Cekodok ikan bilis ini semua orang pun pandai buat kan? Campak campak jer semua tapi walaupun masakan atau kuih muih simple, saya cuba juga cara orang lain kerana mencari ilmu ini tiada sempadannya. Dengan cara ini, kita sentiasa mencuba mencari kelainan pada apa yang telah kita biasa buat. Saya belajar atau ikut resipi hari ini di SINI

Saya suka jemput jemput atau cekodok ikan bilis seperti ini yang garing di bahagian luar tapi masih lembut di dalam.  Kalau masa saya di kampung dulu, cicah gula jer tapi sekarang ini, saya cicah dengan sos cili. Saya pun tak ingat kalau rumah saya di kampung dulu, pernah ada sos cili atau sos tomato. Rasanya tak ada, yang ada hanya kicap, cuka dan budu sahaja. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Nampak simple tapi sedap tau. Selamat mencuba...


Cekodok Ikan Bilis 

Oleh: Azie Kitchen


Bahan-bahan:

230 gram/2 cawan tepung gandum
30 gram ikan bilis
1 biji bawang besar merah - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 ½ cawan air


Cara cara:

Cuci ikan bilis dengan sedikit air.  Satukan tepung dengan bahan hiris. Tuangkan 250 ml atau 1 cawan air dan gaulkan perlahan-lahan.

Bila dah mula sebati, tambah 125 ml atau ½ cawan air lagi.
Bergantung kepada kepekatan adunan, boleh tambah air atau tambah tepung dan garam.

Gaulkan sehingga tidak lagi berketul dan biarkan untuk 5 minit supaya tepung dapat menyerap air dengan sepenuhnya.


Panaskan minyak dalam kuali. Gunakan api yang sederhana panas supaya jemput-jemput tidak hangus. Masukkan 1 sudu besar adunan untuk setiap keping jemput-jemput. Nota: Jangan risau kalau, jemput-jemput kelihatan melekat. 

Biarkan bahagian bawahnya masak dan mula menjadi garing. Ini akan memudahkan kita asingkan dengan menggunakan garpu.


Kemudian bila bahagian bawahnya sudah mula berwarna kuning keemasan, kita balikkan supaya bahagian atas pula dapat masak. Bila kedua-dua belah sudah berwana perang keemasan seperti ini, jemput-jemput sudah boleh diangkat untuk dihidangkan.

Jemput-jemput ikan bilis atau cucur ikan bilis boleh dihidangkan bersama sos cili kegemaran anda.


Catat Ulasan for "Jemput Jemput aka Cekodok Ikan Bilis Garing Di Luar Dan Lembut Di Dalam"