Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Cili Padi Sardin Mudah Dan Sedap



Alhamdulillah walaupun dengan kerancakan media social seperti Instagram, facebook, youtube dan TikTok, masih ada yang sudi mengunjungi dan membaca blog saya. Alhamdulillah dan syukur kerana ianya adalah platform yang pada pendapat saya lebih mudah untuk dicari. 

Terima kasih juga kepada semua yang sangat supporting dan sudi untuk klik iklan iklan yang keluar di blog saya. Saya sangat sangat menghargainya. Sebelum masuk bab masakan, jom kita jamu minda kita dengan sedikit perkongsian ilmu. 

Orang yang mendapat rahmat dan kasih sayang Allah akan sentiasa tenang menghadapi ujian Allah dan redha dengan takdir tersebut. Jika dapat kesenangan lebih dari apa yang diinginkan, dia yakin bukan usahanya yang menyebabkan dia mendapat kejayaan itu tapi kerana dapatnya pertolongan Allah. Itulah cara pandang orang yang dapat rahmat Allah. Dia akan jadi tenang dalam ujian dan tidak akan berbangga diri bila diberi kesenangan. 

Orang yang tak dapat rahmat Allah akan rasa kecewa bila tak dapat apa yang diingini. Berbeza tanda orang yang dapat rahmat Allah dan orang yang tidak dapat rahmat Allah.

Orang yang dapat rahmat Allah akan kekal taat dan mendekat pada Allah walaupun mendapat kekayaan atau ujian kesusahan. Terus bersangka baik pada Allah walaupun diuji dengan pelbagai ujian. Bila kita ada masalah, kita ulang ulang sebut Ya Arhamarraahimiin supaya kekal sangka baik kita pada Allah.

Ketakutan kita ialah bila pengakhiran kita dalam keadaan buruk. Susun hidup kita dengan betul supaya kematian juga dalam keadaan yang baik. Macamana cara susun? Contoh, bagi mereka yang dah bersara, boleh menjadikan rutin solat berjemaah di surau dan kemudian mengaji. Jangan susun hidup dengan selepas Isyak, tengok drama di televisyen atau keluar mengopi dsb. Dalam susunan hidup kita, kena ada rasa atau ujud rasa nak mati. Kena ada tindakan bukan sekadar doa sahaja. 


Saya memang penggemar lauk berasaskan sardin. Kalau kenyang macam mana pun, bila nampak sardin jer, mesti nak makan lagi. Bukan sahaja lauk tapi. apa apa masakan. atau kuih yang menggunakan sardin juga seperti sardin roll, karipap sardin, sandwich sardin. 

Antara lauk sardin kegemaran saya ialah sambal cili padi sardin. Kalau ada baki, cicah pula dengan roti sambil meratah ratah ikannya. Wallaaa sedap tak terkata. Hahaha.  

Jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Harap anda sudi untuk klik subscribe di youtube channel saya ya. Kalau belum follow blog saya, boleh klik follow blog juga supaya anda mendapat notifikasi setiap entri baru di pos.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.... 


Sambal Sardin Cili Padi
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 tin sardin - saiz besar
½ sudu besar pes asam jawa
2 sudu besar kicap lemak manis
Garam
1 biji bawang besar - hiris

Bahan kisar:
1 genggam cili padi - 10-15 biji
1 biji bawang besar - guna 2 biji, kalau saiz kecil
4-5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.

Masukkan sardin dengan sosnya sekali. Masukkan kicap, garam dan pes asam jawa. Kacau rata.

Jika perlu, masukkan sedikit air. Setelah terbit minyak, masukkan bawang besar hiris. Kacau rata dan tutup api.



Catat Ulasan for "Sambal Cili Padi Sardin Mudah Dan Sedap"