Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Petua Goreng Daging Goreng Kunyit Kelantan



Sebelum kita baca bab resipi, jangan lupa klik butang follow blog dan klik iklan yang keluar tau. Terima kasih atas sokongan semua. Saayang anda semua. 

Teringin betul nak makan daging korban. Akhirnya selepas 2 minggu raya Aidil Adha, kakak saya dari kampung mengirimkan daging korban. Setiap tahun kakak saya akan membuat korban dengan lembu yang dibeli dan dijaga sehingga gemuk.

Kalau sebut daging korban, menu wajib kami di pagi raya ialah daging goreng kunyit yang sangat dirindui. Menu ini adalah menu wajib bagi orang Kelantan. Nampak ringkas dan mudah tapi jika tak kena cara memasaknya, rasanya tidak sama dengan daging goreng kunyit legend Kelantan. 


Hari ini saya menyediakan daging goreng kunyit Kelantan tapi cara penyediaannya telah saya ubahsuai sedikit. Saya ubahsuai cara merebus nya setelah mendapat tahu beberapa petua untuk cepat empukkan daging.

Pertama, panaskan minyak dan goreng daging selama 1-2 minit sebelum dimasukkan air. Kedua, saya meletak sudu besi dalam daging yang dikatakan dapat membantu mempercepatkan proses daging empuk. Hahaha pastinya saya tidak mahu menggunakan pressure cooker kerana daging yang digoreng menggunakan pressure cooker, rasanya tak sama dengan digoreng dalam kuali.

Ketiga, saya meletakkan sedikit cuka. Memang saya dari dulu diajar oleh rakan sepejabat untuk masukkan sedikit cuka ketika merebus daging. Alhamdulillah tak lama merebusnya.

Setelah air hampir kering dan terbit minyak, masukkan bawang dan cili hijau solok kalau nak lagi sedap serta serbuk perasa. Serbuk perasa aji no moto ni adalah perasa biasa untuk masakan di Kelantan. Alhamdulillah sihat walafiat jer. Bila dah pindah di sini, barulah tahu yang ramai orang sini takut bila dengar aji no moto. 

Saya memang suka makan daging goreng kunyit cuma cara kakak saya akan terus masukkan daging dalam kuali dengan air. Minyak hanya dimasukkan ketika air rebusan hampir kering. Belum kering tau. Masih ada air lagi sikit sikit. Kemudian digoreng sehingga sedikit keperangan. Jangan terlama nanti akan jadi liat pulak. 

Jom layan resipi dan cara penyediaan daging goreng kunyit cara saya du bawah ini. Jangan lupa melihat video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba. 



Daging Goreng Kunyit
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan;
½ kg daging
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil kunyit hidup tumbuk
Sedikit garam
Minyak masak
1 biji bawang besar - hiris
2 biji cili merah - hiris
Serbuk perasa aji no moto

Cara cara:
Hiris daging nipis berlawanan urat. Masukkan kunyit hidup yang ditumbuk, serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan daging. Kacau rata dalam 1-2 minit. Masukkan air secukup untuk empukkan daging. Nota: Masukkan 1 sudu besi untuk cepat melembutkan daging. Atau masukkan 4 biji buah kurma. Tutup kuali.


Setelah daging hampir empuk, masukkan sedikit cuka. Kacau rata sehingga air kering dan terbit minyak. Keluarkan sudu.

Masukkan bawang besar hiris, cili hiris dan sedikit aji no moto. Kacau rata dan tutup api.


Catat Ulasan for "Petua Goreng Daging Goreng Kunyit Kelantan "