Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Majlis Akikah dan Hari Jadi Aliya Hajar dan Ammar Yahya



Sejak pandemik Covid 19 melanda dunia, kami langsung tidak mengadakan apa apa majlis selain berkumpul sesama keluarga di hari raya. Inilah kali pertama kami mengadakan majlis yang melibatkan ramai tetamu. 

Kami mengadakan majlis akikah untuk cucunda puteri kami iaitu Aliya Hajar yang dibuat bersekali dengan majlis harijadi Ammar Yahya pada 6 Ogos 2022.

Kali ini kami membuat sedikit kelainan di mana kedua dua khemah dipasang di dalam kompaun rumah kerana tetamu yang dijemput pun tak ramai. Kami hanya menjemput rakan rakan alumni sahaja dan beberapa orang jiran terdekat. Manakala tetamu lain adalah rakan rakan dan sahabat Nana dan Alain.

Majlis secara kecil kecilan ini dimulakan pukul 9.30 pagi dengan marhaban bersama kumpulan marhaban Seksyen 7. Tiada dekorasi untuk Aliya pun. Sekadar dekorasi untuk majlis harijadi Ammar yang dihias cantik oleh Lyana, anak besan kami dari Dream Pallete. Kalau ada yang mencari hiasan untuk majlis harijadi, akikah dsb, boleh hubungi Lyana di Instagram @dreampallete.



Marhaban selesai pukul 10.45 pagi di mana kami kemudian bergambar beramai ramai sebagai kenang kenangan sebelum mereka keluar untuk menikmati hidangan yang disediakan. 

Hidangan pilihan Nana adalah lauk pauk kampung di samping juadah sampingan seperti mee kari, apam balik, kuih muih dan ABC. Lauk pauk yang ada seperti masak lemak daging, ayam goreng berempah, ulaman dan sambal. Juga ada se ekor kambing golek untuk akikah Aliya.


Para tetamu lain mulai tiba dalam pukul 12.00 tengahari. Majlis hari jadi Ammar diadakan pukul 1.00 setelah kawan kawan Nana dan Alain sampai dengan diadakan acara memotong kek harijadi dan nyanyian secara beramai ramai. 

Tema untuk hari jadi Ammar yang keempat ini ialah Hot Wheels yang merupakan minat dia sekarang ini. 


 

Majlis selesai dalam pukul 4.00 petang. Alhamdulillah kerana majlis berjalan lancar dengan cuaca yang baik walaupun sehari dua sebelum itu, hari hujan setiap hari.



Sebelah malam, Ammar membuka hadiah hadiah harijadi yang diterima. Hadiah utama ialah dari aunty Nell yang berupa Ultimate Garage yang diminta lama sebelum itu.



Selamat hari jadi Ammar Yahya. Semoga menjadi anak yang soleh. Juga buat cucunda Aliya Hajar semoga menjadi anak yang solehah. Aamiin. Doa dari Tok Mama agar Ammar Yahya dan Aliya Hajar menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. 


Catat Ulasan for "Majlis Akikah dan Hari Jadi Aliya Hajar dan Ammar Yahya"